KUCHING: Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kira-kira 12.30 tengah hari ini.
Keberangkatan tiba baginda disambut mesra oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Kehadiran baginda di Bumi Kenyalang bagi mencemar duli hadir ke majlis penangguhan Regata Sarawak 2024 di Tebingan Kuching yang melabuh tirai, hari ini.
Tun Wan Junaidi dan Abang Johari turut hadir memeriahkan majlis penangguhan kelak.
Hari ini menyaksikan kemuncak Sarawak Regatta 2024, dengan 14 perlumbaan akhir yang bakal menggamatkan suasana.
Sultan Hassanal Bolkiah dijangka berangkat pulang malam ini sekitar 7.30 malam.