Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SUKSEM: Sarawak nekad pertahankan kejuaraan
  • SUKAN

SUKSEM: Sarawak nekad pertahankan kejuaraan

Utusan Sarawak 7 months ago

Atlet Sarawak berangkat ke Terengganu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Atlet Sarawak berangkat ke Terengganu hari ini untuk mengetuai cabaran untuk Sukan SUK Se-Malaysia (SUKSEM) IX 2024 dalam usaha mempertahankan kejuaraan.

Seramai 220 atlet termasuk urusetia akan memberikan saingan dalam beberapa jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya kali ini.

Antara sukan yang dipertandingkan adalah bola sepak, badminton, bola jaring, pingpong, sepak takraw, golf, karom, boling padang, boling tenpin dan e-sukan.

Atlet SUKSEM Sarawak dijadualkan berada di Terengganu bermula hari ini hingga 20 Oktober nanti.

Kontinjen Sarawak diketuai Chef de Mission (CDM) SUKSEM merangkap Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik.

Dalam pada itu, Sarawak teguh kepada misi mempertahankan gelaran juara yang pernah disandang pada SUKSEM  2022 di Selangor.

Oleh Noor Ikmal

Continue Reading

Previous: Jaringan Ronaldo bantu Portugal kekal rekod bersih
Next: Aaron-Khai Xing juara Remaja Dunia, tamat kemarau 13 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.