Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SUKMA 2024: Rapidbus rakan kongsi pengangkutan rasmi, GRAB turut tawarkan tajaan
  • TEMPATAN

SUKMA 2024: Rapidbus rakan kongsi pengangkutan rasmi, GRAB turut tawarkan tajaan

Utusan Sarawak 10 months ago
DATO Fatimah Abdullah dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merakam kenangan bersama barisan penaja pada majlis penghargaan penaja SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di Kuching, hari ini.

KUCHING: Sebanyak 25 Rapidbus disediakan khas untuk atlet para yang menyertai Para Sukan Malaysia (Para SUKMA 2024) yang berlangsung pada 22 hingga 28 September bagi memastikan keperluan dan keselesaan atlet semasa kejohanan itu nanti.

Rapidbus akan menjadi rakan kongsi pengangkutan rasmi.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Fatimah Abdullah berkata, selain Rapidbus, GRAB juga menawarkan penajaan seperti baucar makanan, poin, kod promo dan menjadi rakan kongsi E-Hailing rasmi bagi Para SUKMA XXI 2024.

“Temasya Para SUKMA kali pertama telah diadakan di Kuching pada 1996. Kemudian kedua-dua temasya ini diadakan kali kedua pada 2016 yang mana Para SUKMA melibat dua bahagian iaitu Kuching dan Samarahan.

“Pada tahun ini, temasya Para SUKMA XXI diadakan di Bahagian Kuching sahaja yang mana 10 sukan dengan 334 acara akan dipertandingkan melibatkan 13 negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penghargaan penaja SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di Kuching, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, sasaran Sarawak pada tahun ini adalah merampas kembali kejuaraan memandangkan temasya kali Sarawak sebagai tuan rumah.

Jelas Fatimah lagi, atlet para Sarawak bersiap sedia dengan matlamat untuk memperoleh 83 pingat emas dan merampas kembali kejuaraan dari Sabah di halaman sendiri pada tahun ini.

“Kita menjangkakan seramai 2,470 atlet dan pegawai yang akan turut serta pada temasya Para SUKMA Sarawak 2024 kali ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau percaya dan yakin, dengan sokongan daripada semua pihak, Sarawak mampu menjadikan SUKMA dan Para SUKMA sebagai acara yang berjaya dan meninggalkan impak positif kepada perkembangan sukan negara. 

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: 27 penaja bantu SUKMA, Para SUKMA dengan sumbangan tunai, barangan RM13 juta
Next: Bangunan baharu SK Pulo boleh digunakan selewat-lewatnya Mei tahun depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.