Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Sukar lupakan detik rakan dibunuh Komunis
  • NASIONAL

Sukar lupakan detik rakan dibunuh Komunis

Utusan Sarawak 5 years ago

BATU PAHAT, 28 Ogos -- Pesara tentera Nordin Hussin (dua, kiri) terasa khidmat baktinya masih dihargai ketika menerima kunjungan daripada wakil Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Hospital Pakar Johor, Pasaraya Econsave dan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, di kediamannya di Senggarang, di sini. Lawatan tersebut dilaksanakan sempena bulan kemerdekaan bertujuan menghargai pesara tentera yang terlibat dalam perjuangan kemerdekaan negara. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PESARA tentera Nordin Hussin (dua, kiri) terasa khidmat baktinya masih dihargai ketika menerima kunjungan daripada wakil Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Hospital Pakar Johor, Pasaraya Econsave dan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, di kediamannya di Senggarang, di sini. • Foto BERNAMA

BATU PAHAT: Peristiwa menyaksikan  rakan seangkatan dibunuh di depan mata serta kekejaman lain seperti membakar rumah dan menyeksa penduduk kampung oleh pengganas komunis antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan seorang veteran tentera, Nordin Hussin, 88.

Kejadian sekitar 1954 hingga 1958 tersebut  meninggalkan kesan mendalam kepadanya yang ketika itu  bertugas sebagai penjaga stor Unit Artileri  di Kem Yishun, Singapura.

“Banyak kekejaman pengganas komunis ini berlaku di depan mata saya, selain melihat rakan-rakan dibunuh, mereka membakar rumah penduduk, membakar bas dan tidak terkecuali  menyeksa penduduk kampung.” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau ditemui pada  program Ziarah Veteran ATM bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke-63 kelolaan  Hospital Pakar KPJ Johor dan Pasaraya Econsave, di Senggarang  di sini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Johor  Mohd Azhar Abdullah berkata, program berkenaan merupakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat bagi  menghargai jasa pejuang negara.

Menerusi program itu pihaknya menyampaikan sumbangan  barangan keperluan harian dan beberapa alat bantuan sokongan kesihatan iaitu kerusi roda, tongkat serta pakej kesihatan bernilai  RM600 kepada tiga  veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  di Kluang dan Batu Pahat termasuk Nordin.

Dua lagi veteran tentera yang menerima bantuan itu ialah  bekas Pegawai Waran 1  Ahmad Adnan, 77, yang berkhidmat dengan  Batalion 10 Rejimen Renjer Diraja dan Koperal Ahmad Sapuan Yakub, 77, yang bertugas di Kor Kejuruteraan ATM. – Bernama

Continue Reading

Previous: Putrajaya contoh penanda aras pembangunan
Next: Bantu promosi destinasi pelancongan domestik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.