Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan SEA 2027: Sarawak sedia anjur acara sukan tinju
  • SUKAN

Sukan SEA 2027: Sarawak sedia anjur acara sukan tinju

Utusan Sarawak 1 month ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ditemui pemberita pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kementerian itu, hari ini. Foto BERNAMA

KUCHING: Sarawak selaku tuan rumah bersama Sukan SEA 2027 bersedia sekiranya acara sukan tinju diadakan di negeri itu, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata Stadium Perpaduan Sri Aman antara venue utama dicadangkan bagi acara tinju, kerana sokongan padu penonton di situ kepada atlet sangat luar biasa.

“Saya telah melihat apabila sukan tinju berlangsung di sana pada Sukan Malaysia (SUKMA) lepas, penyokong begitu bersemangat bersorak memberi sokongan kepada atlet,” katanya selepas majlis Ramah Tamah Aidilfitri kementeriannya di sini hari ini.

Selain itu, Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata projek pembinaan velodrom Sarawak masih di peringkat perancangan.

Sehubungan itu, beliau berkata acara sukan berbasikal berkemungkinan besar pada sukan tersebut perlu dianjurkan di negeri lain.

“Namun begitu, perancangan membina velodrom pertama di Pulau Borneo tetap diteruskan dan lokasinya di Kuching.

“Saya juga mahu velodrom yang dibangunkan kelak bersifat pelbagai guna selain acara sukan berbasikal. Kita tidak mahu fasiliti sukan dibina hanya ada satu fungsi,” katanya.

Abdul Karim berkata setakat ini, sebanyak 36 acara sukan dikenal pasti dipertandingan pada Sukan SEA 2027 dengan 18 daripadanya berlangsung di Sarawak, manakala selebihnya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sibu juara bola keranjang bawah 17 tahun
Next: Fulham kejutkan Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.