Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sukan SEA 2027: Sarawak giat buat persiapan rapi – Abang Johari
  • SEMASA

Sukan SEA 2027: Sarawak giat buat persiapan rapi – Abang Johari

Utusan Sarawak 4 months ago
PREMIER Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg  hadir bagi merasmikan Padang Kriket Borneo, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak giat membuat persiapan rapi bagi memastikan kelancaran penganjuran Sukan SEA 2027, seiring dengan Sarawak sebagai negeri yang menjadi tuan rumah majlis pembukaan. 

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, antara fokus utama ialah menaik taraf dan menyelenggara venue sukan di seluruh Sarawak.

“Jadi, kita sibuklah untuk 2027 (Sukan SEA 2027). Kita akan menguruskan lagi venue-venue yang ada di Sarawak. 

“Oleh itu, saya dan rakan-rakan dalam Kabinet berharap agar anak-anak Sarawak, khususnya, dan rakyat Malaysia secara amnya memiliki kehandalan dalam sukan ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Padang Kriket Borneo di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, Abang Johari turut menyatakan penghargaan terhadap Kerajaan Persekutuan kerana memilih Kuching sebagai lokasi bagi acara pembukaan sukan berprestij itu.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, khususnya melalui Kementerian Belia dan Sukan, kerana bersetuju untuk mengadakan majlis pembukaan Sukan SEA di Kuching.

“Kami telah berbincang dan Kerajaan Persekutuan telah meminta kami menjadi tuan rumah bersama.

“Saya telah bersetuju bahawa kerajaan Sarawak akan menjadi penaja bersama Sukan SEA ini, tetapi kami juga ingin majlis pembukaan diadakan di Sarawak,” katanya.

Terdahulu, Sarawak disahkan menjadi hos bersama Sukan SEA 2027 selepas diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penutupan Sukan Malaysia Ke-21 (SUKMA XXI) di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini, pada 24 Ogos tahun lepas. 

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Persiapan mesyuarat cawangan PBB Zon Utara
Next: 450 warga emas di Kuching terima sumbangan STM Lottery sempena Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.