Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sukan platform penyatuan Malaysia MADANI
  • TEMPATAN

Sukan platform penyatuan Malaysia MADANI

Utusan Sarawak 7 months ago
BERI SOKONGAN… Datuk Hamzah Brahim menyepak bola bagi memberi sokongan kepada peserta.

SAMARAHAN: Sukan memainkan peranan penting sebagai alat penyatuan masyarakat, pemacu ekonomi sekali gus sebagai platform penyatuan Malaysia MADANI sejajar dengan fokus kerajaan Perpaduan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim berkata, sukan bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat malah menjadi platform untuk mempererat hubungan antara individu daripada pelbagai latar belakang.

UNTUK ALBUM… Datuk Hamzah Brahim merakamkan kenangan bersama pihak penganjur dan peserta semasa sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Samarahan 2024.

“Melalui aktiviti sukan, orang ramai berpeluang untuk berinteraksi, bekerjasama dan memahami antara satu sama lain tanpa mengira kaum, agama atau status sosial.

“Selain itu, sukan juga menanamkan nilai-nilai seperti semangat kesukanan, hormat-menghormati dan kerjasama dalam pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Samarahan 2024 di Sekolah Kebangsaan Pangkalan Kuap, di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi, industri sukan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi melalui pelbagai saluran merangkumi penciptaan pekerjaan, pelaburan dalam infrastruktur dan peningkatan perbelanjaan pelancongan.

Mengambil contoh apabila acara sukan besar diadakan seperti kejohanan antarabangsa atau sukan tempatan, katanya ekonomi setempat turut mendapat manfaat secara langsung.

“Selain itu, industri sukan membuka peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang, termasuk pengurusan acara, pemasaran, pembuatan barangan sukan dan media.

“Sementara itu, pembangunan infrastruktur sukan, seperti stadium, pusat latihan, dan kemudahan rekreasi, juga memberi kesan positif jangka panjang kepada ekonomi.

“Infrastruktur ini bukan sahaja digunakan semasa acara, tetapi juga boleh dioptimumkan untuk kegunaan komuniti dan menjadi sumber pendapatan yang berterusan.

“Sukan juga memberi peluang kepada syarikat untuk melakukan penajaan dan pengiklanan, meningkatkan jenama mereka di peringkat nasional dan antarabangsa dan ini akan meningkatkan aktiviti komersial dan memperkukuhkan rantaian nilai ekonomi,” jelasnya.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tekankan aspek pendekatan 7K
Next: Belanjawan 2025 disifatkan sebagai bajet komprehensif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.