Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Suasana hiba sambut kepulangan jasad mendiang Lawrence Yeo Thian Liang
  • KEMALANGAN

Suasana hiba sambut kepulangan jasad mendiang Lawrence Yeo Thian Liang

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyambut ketibaan jenazah mendiang Sarjan Lawrence Yeo Thian Liang yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, tengah hari tadi.

Ketibaan jenazah mendiang Sarjan Lawrence Yeo Thian Liang disambut anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), isteri dan anak-anak.

“Mendiang Sarjan Lawrence Yeo Thian Liang yang berasal dari Sarawak bertugas di Bahagian D2, Jabatan Siasatan Jenayah IPK Negeri Sembilan telah meninggal akibat kemalangan jalan raya pada 25 Mac lalu.

“Jenazah mendiang dibawa ke Gereja St Joseph Catholic di sini bagi penghormatan terakhir sebelum urusan pengkebumian, Sabtu ini,” menurut jurucakap PDRM melalui kenyataan dalam platform media sosial rasmi Facebook Polis Sarawak.

Hadir sama di LTAK, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak ACP Lim Bak Phai serta pegawai-pegawai kanan dan pangkat rendah PDRM Kontinjen Sarawak serta wakil dari JSJ IPK Negeri Sembilan.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Warga emas mengaku bersalah pandu melulu
Next: Lelaki patah kaki kanan selepas motosikal bertembung dengan kereta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.