Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Suasana harmoni meriahkan majlis Aidilfitri Masjid Al-Muhajirin
  • Tengah
  • WILAYAH

Suasana harmoni meriahkan majlis Aidilfitri Masjid Al-Muhajirin

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DUIT RAYA… Datuk Ding Koung Hiing menyerahkan duit raya kepada penerima.

BINTANGOR: Suasana penuh kemesraan dan keharmonian memeriahkan majlis ramah tamah Aidilfitri 2025 anjuran Masjid Al-Muhajirin, Taman Bintang dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing pada malam tadi.

Koung Hiing turut mengumumkan akan menyalurkan geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada Masjid Al-Muhajirin untuk menyokong penganjuran aktiviti tahunan seperti majlis Hari Raya Korban pada tahun ini.

“Saya amat berbesar hati atas jemputan ini kerana ia memberi peluang untuk saya bersama masyarakat setempat dalam meraikan Aidilfitri dalam suasana penuh kegembiraan dan keharmonian.

“Sambutan sebegini amat penting untuk kita semua mengeratkan silaturahim, memperkukuh perpaduan serta menyemai kasih sayang dalam kalangan masyarakat di Taman Bintang,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

TAHNIAH….Pemenang cabutan tiket bertuah menerima hadiah yang disampaikan oleh Datuk Ding Koung Hiing.

Koung Hiing turut mengucapkan tahniah diatas kejayaan penganjuran majlis ramah tamah Aidilfitri 2025 oleh jawatankuasa masjid.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin kerana berjaya menganjurkan majlis yang cukup bermakna ini dan dihadiri begitu ramai penduduk.

“Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi mengukuhkan hubungan kejiranan serta memupuk semangat muhibah dalam komuniti kita,” katanya.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyerahkan duit raya kepada kanak-kanak dan hadiah cabutan tiket bertuah kepada penerima.

Turut hadir Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Bahagian Sarikei, Ustaz Syed Harold Salleh Wan Mohammad; Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Muhajirin Taman Bintang, Abdullah Zoll; Pengerusi Masjid Darul Taqwa, Mohmad Mahmud; wakil Ketua Polis Daerah Meradong, Inspektor Rizal Mohamad Isa dan Pemanca Yii Hee Sieng.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerajaan tubuh jawatankuasa teknikal tangani isu harga barang di Sabah dan Sarawak
Next: ADUN Meradong turun padang tumpu isu rakyat luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.