Suara rakyat jadi asas tindakan pembangunan di Meradong

Facebook
WhatsApp
PENGERUSI SUPP Cawangan Bintangor, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama yang lain di Perumahan Cina, Jalan Su Tak. Foto Pusat Khidmat penyandang kerusi DUN Meradong.

BINTANGOR, 22 November: Setiap perancangan pembangunan dan usaha meningkatkan kebajikan masyarakat perlu berlandaskan keperluan sebenar penduduk, bukan sekadar penilaian dari jauh tanpa memahami keadaan di lapangan.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, pendekatan turun padang secara berterusan penting bagi memastikan masalah rakyat dapat dikenal pasti dan diberikan perhatian sewajarnya.

Katanya, komunikasi secara langsung antara pemimpin dengan masyarakat membolehkan isu setempat difahami dengan lebih jelas, sekali gus membantu menentukan tindakan susulan yang bersesuaian.

“Pendekatan secara bersemuka amat penting kerana memberi peluang kepada penduduk menyuarakan keperluan, pandangan dan masalah mereka secara langsung.

“Pada masa sama, kita dapat memahami keadaan sebenar di lapangan dan mengenal pasti perkara yang memerlukan perhatian serta tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Mobile Service to U di Perumahan Cina, Jalan Su Tak, semalam.

Program anjuran SUPP Cawangan Bintangor itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan parti berkenaan mendekati penduduk serta mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai isu dan keperluan setempat.

Tambahnya, pandangan masyarakat penting bagi membantu kepimpinan setempat mengenal pasti keutamaan penduduk sebelum sesuatu langkah atau tindakan diambil.

“Hubungan erat antara pemimpin dengan penduduk merupakan asas penting dalam memastikan setiap usaha pembangunan dan kebajikan dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan sebenar masyarakat,” katanya.

Sehubungan itu, Ding menegaskan komitmen SUPP Cawangan Bintangor untuk meneruskan program seumpama itu bagi memastikan kebajikan penduduk terus diberikan perhatian.

“Program seperti ini bukan sekadar untuk bertemu penduduk, tetapi menjadi platform penting untuk mendengar suara rakyat, menyampaikan maklumat dan memberikan perhatian kepada isu yang dibangkitkan,” katanya.

Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda SUPP Cawangan Bintangor, Ley Chee Hua; Pemanca Yii Hee Sieng; Kapitan Wong Leh Hee dan Kapitan Wong Mee King.

Oleh Earl Anek

Suami isteri terperangkap dalam banjir

SIBU, 22 November: Sepasang suami isteri terselamat daripada detik cemas selepas kereta dinaiki mereka terperangkap dalam banjir dengan paras air