Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Suami isteri maut kenderaan bertembung lori pengangkut batu
  • KEMALANGAN

Suami isteri maut kenderaan bertembung lori pengangkut batu

Utusan Sarawak 4 months ago

LAWAS: Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan lori pengangkut batu di Kampung Berayung Baru Jalan Trusan, petang tadi.

Kemalangan maut pada 1.00 petang tadi, mengorbankan pemandu kereta jenis Proton Saga dikenali sebagai Peranchis Nani, 67, dan isteri, Raminah Tadam, 69.

Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala pemadu lori mengalami kecederaan ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas Clarence D.Primus Tiandun berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian  sebiak menerima panggilan, 1.11 tengah hari.

Sebaik  pasukannya tiba di tempat kejadian didapati berlaku kemalangan jalan raya yang melibatkan lori mengangkut batu seberat 10 tan yang menuju ke bandar Trusan bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan menuju ke Kampung Long Tengoa.

“Pemandu dan penumpang kereta terbabit yang juga merupakan  pasangan suami isteri meninggal dunia di tempat kejadian selepas disahkan oleh  oleh pihak Kementerian Kesihatan Awam (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pemandu lori cedera ringan telah dibawa oleh orang awam ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan, media hari ini.

Pasangan suami isteri dilaporkan tersepit di bahagian pemandu dan penumpang di bahagian hadapan.

Tindakan mengeluarkan mangsa dilakukan dengan memotong pintu hadapan menggunakan alat pemotong sehingga mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pemandu, kelindan lori cemas terlibat dalam kemalangan kendiri
Next: A decorative kangaroo currently ‘sick’, undergoing treatment at the ‘hospital’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.