Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Suami bekas model, pelakon direman tiga hari
  • MAHKAMAH

Suami bekas model, pelakon direman tiga hari

Utusan Sarawak 5 months ago

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa untuk perintah reman.

KUANTAN: Suami kepada bekas model dan pelakon direman tiga hari bermula hari ini hingga Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes keganasan rumah tangga.

Perintah reman terhadap kontraktor berusia 46 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Tengku Eliana Tengku Kamaruzaman.

Lelaki berkenaan tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuantan sekitar 8.30 pagi.

Semalam, polis telah menahan suspek bagi membantu siasatan selepas bekas model dan pelakon berusia 36 tahun itu mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Lelaki berkenaan ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata punca bekas model dan pelakon berkenaan menjadi mangsa keganasan rumah tangga dipercayai kerana ingin keluar dari rumah dan tinggal berasingan.

“Hasil siasatan awal, kita percaya mangsa dipukul oleh suspek kerana dia mahu keluar dari rumah untuk tinggal secara berasingan. Berikutan itu, laporan polis dibuat oleh mangsa pada 27 Nov lepas dan suspek telah ditahan semalam selepas hadir ke IPD Kuantan,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang di sini.

Bekas model dan pelakon itu telah mengejutkan peminatnya apabila memuat naik dua foto mendedahkan wajahnya yang lebam di bahagian mata menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.– BERNAMA  

Continue Reading

Previous: Lelaki diarah bela diri kes seludup dadah
Next: Pelayaran ke Selatan Perancis pada 2009 adalah percutian bersama keluarga – Najib

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.