Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Struktur tiang pecah di pasar tamu lama cetus kebimbangan
  • Utara
  • WILAYAH

Struktur tiang pecah di pasar tamu lama cetus kebimbangan

Utusan Sarawak 1 month ago
BERBAHAYA… Pasar tamu lama di tebingan Sungai Niah di pekan Batu Niah membimbangkan keselamatan awam ekoran struktur tiang konkrit yang pecah.

BATU NIAH: Pasar tamu lama yang terletak di tebingan Sungai Niah di sini, yang sudah lama tidak beroperasi, kini menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan awam akibat kerosakan pada struktur tiang konkrit yang pecah.

Penghulu Pui Kuan Phen, yang dihubungi Utusan Sarawak hari ini, berkata pasar tamu lama itu perlu ditutup atau dipagar untuk mengelakkan orang ramai, terutamanya warga emas, daripada memasuki kawasan berbahaya itu.

PASAR tamu lama sudah lama tidak beroperasi.

“Saya sering mendapati warga emas duduk berehat di kawasan itu. Ini amat membahayakan mereka. Kita tidak tahu keadaan sebenar struktur bangunan tersebut, dan tiang-tiangnya boleh patah pada bila-bila masa,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan pihak berkuasa kerajaan tempatan untuk segera memeriksa dan mengambil tindakan terhadap keadaan pasar tamu lama yang sudah tidak digunakan itu demi keselamatan orang ramai.
Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: The Church of God Bintulu bakal nikmati kemudahan parkir lebih luas, selesa
Next: Amalan ziarah tradisi rakyat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.