Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Stor simpan kayu lama musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Stor simpan kayu lama musnah terbakar

Utusan Sarawak 3 months ago

SIBU: Sebuah stor penyimpanan kayu lama telah musnah dalam kebakaran di Jalan Oya Lama, di sini lewat petang semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.53 petang dan mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dan BBP Sungai Merah ke lokasi kebakaran.

“Sampai di lokasi mendapati kebakaran melibatkan stor penyimpanan kayu lama yang tidak dipakai. Kebakaran telah menyebabkan stor jenis tidak kekal itu musnah 100 peratus,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, pasukan bomba menghadapi masalah laluan jentera ke lokasi kejadian adalah sempit dan bumbung bangunan telah runtuh menyukarkan bara api dipadam.

“Kebakaran tidak ada melibatkan mangsa, operasi memgawal dan memadam kebakaran tamat pada 9.15 malam,” katanya.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bilik sewa musnah terbakar, struktur kedai hampir setengah rosak akibat asap
Next: Kereta mewah musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.