Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Stesen kereta api sesak, orang ramai teruja balik kampung
  • TEMPATAN

Stesen kereta api sesak, orang ramai teruja balik kampung

Utusan Sarawak 3 months ago
BALIK KAMPUNG… Penumpang bersiap sedia untuk menaiki kereta api menjelang Aidilfitri, yang menandakan berakhirnya bulan Ramadan di Stesen Kereta Api Gubeng di Surabaya, Indonesia pada 7 April 2024. -FOTO AFP

JAKARTA: Lebih 246,000 penumpang menggunakan perkhidmatan kereta api jarak jauh di seluruh Indonesia dalam beberapa hari kebelakangan ini, susulan peningkatan permintaan menjelang Ramadan, menurut Pengendali Kereta Api Negara, PT Kereta Api Indonesia (KAI).

Syarikat itu melaporkan seramai 125,008 penumpang kelmarin, diikuti 69,719 pada 1 Mac lalu dan 51,400, dengan jumlah berkenaan dijangka terus meningkat selari dengan penjualan tiket, lapor Naib Presiden Perhubungan Awam KAI, Anne Purba.

“Fenomena pulang awal sebelum Ramadan adalah kebiasaan kerana ramai ingin menyambut hari pertama berpuasa bersama keluarga.

“KAI komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dengan memastikan kesiapsiagaan operasi, menambah baik kemudahan serta memperkenalkan inovasi bagi meningkatkan keselesaan perjalanan,” katanya.

Anne turut menjangkakan lonjakan perjalanan dengan kereta api akan berterusan menjelang tempoh perjalanan pulang sempena Aidilfitri, dikenali sebagai mudik, yang merupakan antara perjalanan tahunan terbesar di dunia.

Menurut KAI, setakat ini sebanyak 1,393,836 tiket telah terjual, bersamaan 40.47 peratus daripada 3.44 juta tempat duduk yang disediakan bagi tempoh perayaan Aidilfitri.

“Angka ini menunjukkan permintaan tinggi terhadap perjalanan kereta api sepanjang musim perayaan Aidilfitri,” katanya, sambil menambah bahawa tiket kereta api jarak jauh boleh ditempah sehingga 45 hari lebih awal.

Sebagai negara dengan penduduk Islam terbesar di dunia, Indonesia menyaksikan jutaan penduduk meninggalkan bandar utama setiap tahun untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga, sekali gus meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan perjalanan udara dan darat, termasuk kereta api dan bas.

-BERNAMA

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pastikan peniaga patuhi peraturan
Next: SAC Lim Sam Aik dilantik Ketua JSJ Sarawak baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.