Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • STB beri amaran penipuan jualan tiket palsu RWMF
  • HIBURAN

STB beri amaran penipuan jualan tiket palsu RWMF

Utusan Sarawak 1 hour ago
ORANG ramai dinasihatkan membeli tiket RWMF hanya melalui laman sesawang rasmi dan penjual tiket sah bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan dalam talian.

KUCHING: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) memberi amaran kepada orang ramai berhubung satu promosi penjualan tiket palsu Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) Ke-29 yang kini dikesan tular di media sosial.

Menurut STB, sindiket berkenaan menggunakan laman sesawang dan platform jualan tiket palsu yang direka menyerupai laman rasmi RWMF serta platform rakan jualan tiket sah, Ticketmelon, bagi memperdaya pengguna.

Katanya, semakan bersama Ticketmelon mengesahkan bahawa laman sesawang dan promosi yang sedang beredar itu adalah penipuan dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Ticketmelon mahupun RWMF.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan hanya membeli tiket melalui laman sesawang rasmi RWMF di www.rwmf.net serta penjual tiket sah yang diiktiraf.

“Pengunjung festival juga diminta supaya tidak menekan pautan mencurigakan yang dikongsi menerusi platform tidak rasmi atau hantaran media sosial serta sentiasa menyemak alamat laman sesawang sebelum melakukan sebarang transaksi dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

STB memaklumkan pihaknya memandang serius perkara tersebut dan telah mengambil langkah sewajarnya untuk melaporkan serta menurunkan pautan dan laman sesawang palsu terbabit bagi melindungi orang ramai daripada kerugian kewangan dan penyalahgunaan maklumat peribadi.

Dalam pada itu, orang ramai turut digalakkan untuk berkongsi peringatan tersebut dengan ahli keluarga, rakan serta kenalan lain bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa penipuan.

Menurut STB, sebarang maklumat sah berkaitan festival, pengumuman rasmi dan pembelian tiket hanya boleh diperoleh menerusi saluran komunikasi rasmi serta laman sesawang rasmi RWMF.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Alunan muzik sape simbol perpaduan pada BNF 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.