Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Status projek pembinaan Kompleks Sukan Mini Selangau jadi tanda tanya
  • WILAYAH

Status projek pembinaan Kompleks Sukan Mini Selangau jadi tanda tanya

Utusan Sarawak 9 months ago
MASIH TERBENGKALAI… Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 5 Ogos 2020 dan dijangka siap pada 4 Jun 2022.

SELANGAU: Kerajaan Sarawak digesa mempercepatkan projek pembinaan Kompleks Sukan Mini Selangau yang kini masih tertangguh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang, menyuarakan kebimbangannya terhadap kelewatan projek yang menggunakan dana kerajaan Sarawak dengan peruntukan asal sebanyak RM7.9 juta.

Menurut beliau, kerajaan telah meluluskan tambahan dana sebanyak RM8 juta untuk pembinaan kompleks tersebut.

“Projek ini telah ditawarkan kepada kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan pada 5 Ogos 2020 dan dijangka siap pada 4 Jun 2022.

“Namun, selepas kontraktor yang ditugaskan menarik diri akibat penularan pandemik Covid-19 pada 2021, projek itu terus terhenti tanpa sebarang kemajuan,” katanya melalui kenyataan di laman Facebook.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru Kementerian Belia dan Sukan Sarawak supaya memberi perhatian segera terhadap projek ini.

“Kompleks Sukan Mini Selangau sangat penting bagi masyarakat setempat, sebagai satu-satunya kemudahan sukan di daerah ini.

“Penduduk amat menantikan kemudahan ini untuk mengadakan acara sukan.

“Tidak elok dipandang jika hanya ada papan tanda projek tetapi tiada pembinaan dijalankan,” ujarnya.

Kompleks Sukan Mini Selangau dijangka menyediakan pelbagai kemudahan termasuk padang bola sepak, trek larian, kemudahan lompat tinggi dan lompat jauh, serta dewan dan tempat letak kenderaan.

Gira menegaskan bahawa projek ini penting untuk pembangunan sukan di kawasan Selangau agar tidak ketinggalan berbanding daerah lain.

Beliau berharap kerajaan Sarawak akan mengambil langkah segera bagi memastikan projek ini dapat diselesaikan demi kepentingan rakyat Selangau.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jangan anggap remeh kempen kebersihan
Next: Pemain veteran bola keranjang, meninggal dunia setelah rebah depan kedai makan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.