Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Stadium Mini Simunjan mercu tanda baharu
  • SUKAN

Stadium Mini Simunjan mercu tanda baharu

Utusan Sarawak 5 years ago

KETERUJAAN kini mula menyelubungi sanubari warga di Daerah Simunjan apabila ‘Stadium Mini Simunjan’ yang bakal menjadi mercu tanda bagi daerah tertua di negeri Sarawak itu dapat digunakan sepenuhnya awal tahun depan.

Demikian dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.25 Simunjan, Awla Dris ketika mengulas mengenai perkara itu semalam.

“Pada hakikatnya kerja-kerja pembinaan stadium mini berkenaan berjalan lancar dan dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.

“Dan saya yakin ia dapat digunakan sepenuhnya pada bulan Januari 2021,” ujar Awla ketika mengulas mengenai perkara itu semalam.

Menurut Awla, kos awal yang telah diperuntukan berjumlah RM2.5 juta untuk pembinaan stadium mini berkenaan.

Akan tetapi kata beliau, pihaknya masih memerlukan kos tambahan sekurang-kurangnya dalam RM3 juta lagi.

“Pihak kita sudah mengemukakan perkara itu kepada Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah hujung bulan lepas.

“Beliau dijangka turun padang untuk melawat ataupun meninjau stadium berkenaan kelak,” tambah Awla lagi.

Sambil mengakui, stadium mini berkenaan apabila siap sepenuhnya kelak akan dapat menampung segala keperluan penganjuran pelbagai program mencakupi pelbagai aspek di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.25 Simunjan secara amnya.

Oleh Faizal Bujang

Continue Reading

Previous: Fernandes inspirasi Man United
Next: Luqman, jaguh semakin menyerlah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.