Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SRS Zon 1 Kampung Muhibbah pergiat rondaan
  • TEMPATAN

SRS Zon 1 Kampung Muhibbah pergiat rondaan

Utusan Sarawak 5 years ago
DEMI KESELAMATAN… Penolong Pegawai Perpaduan Sri Aman, Siti Nuraiysah Jini,Pengerusi
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon 1 Kampung Muhibbah, Ketua Skim Rondaan Sukarela (SRS) Zon 1 Kampung Muhibbah, Ramli Abu Sera dan para ahli sebelum memulakan operasi rondaan Program Jom Ronda di Kampung Muhibbah, Bandar Simanggang.

SIMANGGANG: Skim Rondaan Sukarela (SRS) Zon 1 Kampung Muhibbah merupakan organisasi aktif dalam Bandar Simanggang yang kini sedang menggandakan kekerapan rondaan di penempatan mereka.

Susulan rondaan berkenaan, SRS telah melaksanakan Program Jom Ronda bagi mengesan dan mencegah aktiviti mencurigakan dalam penempatan mereka baru-baru ini dengan operasi kali terakhirnya telah pun diadakan pada minggu lepas.

Ketua Perondanya, Ramli Abu Sera berkata, Program Jom Ronda di Kampung Muhibbah telah pun melibatkan penyertaan seramai tujuh ahli yang meliputi pemantauan di kawasan Zon Selatan dan Tengah dalam penempatan mereka.

“Pihak kami amat memandang serius terhadap kemungkinan berlakunya kes kecurian dan pecah rumah dalam penempatan kami (Kampung Muhibbah).

“Atas sebab itu, SRS Zon 1 Kampung Muhibbah bertindak melaksanakan rondaan ini demi mengurangkan risiko berlakunya kejadian tersebut terhadap harta benda dan kediaman penduduk di sini dari semasa ke semasa,” kata Ramli.

Ramli berkata, SRS Zon 1 Kampung Muhibbah tidak akan teragak-agak menyerahkan individu  kepada pihak polis jika ditangkap melakukan jenayah berkenaan di dalam penempatan mereka kelak.

“Kami juga tidak menggalakkan orang luar untuk melepak ke penempatan ini lebih-lebih lagi pada waktu malam sesuai dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos ini,” kata beliau.

Turut menyertai program, Penolong Pegawai Perpaduan Sri Aman, Siti Nuraiysah Jini dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon 1 Kampung Muhibbah, Latipah Mantali.

Continue Reading

Previous: Pustaka Miri sumbang 100 set pelindung muka
Next: Tebingan sungai dipanjangkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.