Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sri Aman ‘lubuk’ tokoh hebat, bakal lahirkan lebih ramai pemimpin masa depan Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

Sri Aman ‘lubuk’ tokoh hebat, bakal lahirkan lebih ramai pemimpin masa depan Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
 
DAYANG Noorazah menyampaikan cenderahati kepada Datuk Dr Ripin Lamat pada Program Next Gen Leaders: Be the Leader, Unlock Your Future bagi kawasan DUN Lingga di sebuah hotel di Simanggang, semalam. Foto: ADUN Lingga

SIMANGGANG: Sri Aman bukan sekadar sebuah daerah di Bumi Kenyalang, malah ia merupakan ‘lubuk’ yang telah melahirkan ramai tokoh hebat dan berpengaruh yang kini mengemudi kemajuan Sarawak di pelbagai peringkat, termasuk antarabangsa.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, rekod cemerlang anak jati Sri Aman dalam pelbagai bidang seharusnya menjadi inspirasi dan bukti kukuh bahawa generasi muda dari daerah ini mampu ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan golongan hebat di dunia.

​Beliau memetik beberapa nama besar sebagai contoh, antaranya Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan dan Pembangunan Ekonomi), Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel serta bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion yang memainkan peranan utama dalam pembangunan negeri termasuk Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

​”Kita juga bangga dengan sumbangan Dr. Victor Luna Amin dalam ekopelancongan, Dato’ Dr. Jamil Hamali dalam dunia akademik, serta Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, Datu Kameri Affendi yang berasal dari Kampung Hilir Sri Aman. Tidak dilupakan, Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

​”Ini membuktikan anak Sri Aman mempunyai potensi luar biasa. Jadi kepada adik-adik semua, jangan pernah merasa diri anda biasa-biasa, kerana dari sinilah lahirnya pemimpin hebat masa hadapan,” katanya.

​Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Program Next Gen Leaders: Be the Leader, Unlock Your Future bagi kawasan DUN Lingga di sebuah hotel di sini, semalam.

Majlis tersebut turut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat.

​Menyentuh mengenai masa depan pendidikan, Dayang Noorazah turut berkongsi inisiatif besar kerajaan Sarawak yang memperuntukkan hampir RM600 juta bagi menyediakan pendidikan percuma kepada anak-anak Sarawak yang bermula tahun tahun ini.

​Inisiatif ini, seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee, akan melibatkan 64 kursus di empat universiti milik kerajaan negeri iaitu Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Curtin Malaysia, Universiti Swinburne Sarawak, dan Kolej Universiti i-CATS.

​”Inilah usaha kita hari ini, untuk memastikan suatu hari nanti akan lahir dalam kalangan adik-adik semua pemimpin yang kita banggakan, yang mampu memimpin Sarawak dengan penuh dedikasi dan amanah,” tambahnya lagi.

​Program Next Gen Leaders itu melibatkan penyertaan 100 pelajar daripada empat sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lingga, SMK Simanggang, SMK Saint Luke, dan SMK Sri Aman.

​Selain bimbingan daripada fasilitator profesional seperti Dr. Nur Aida Kipli (UiTM) dan Ir. Masayu Kiprawi (Black Dot Management), para peserta turut diberikan penghargaan melalui pelbagai kategori termasuk hadiah utama berupa telefon bimbit bagi Pelajar Terbaik dan anugerah Belia Harapan.

​Program ini bertujuan memupuk ciri kepimpinan, meningkatkan keyakinan diri, serta membina semangat kerja berpasukan demi menyediakan pelapis pemimpin masa hadapan yang berintegriti.

​”Belajar sambil berkongsi rezeki. Saya berharap ilmu ini menjadi titik permulaan untuk membina masa depan yang gemilang.

“Teruskan usaha, jangan takut mencuba, dan beranilah menjadi pemimpin,” kata Dayang Noorazah mengakhiri ucapannya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Komuniti setempat perlu tingkat kesedaran pelihara alam sekitar
Next: Insiden siling runtuh, tamu Limbang dinaik taraf RM1 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.