Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SPM: Masalah pendengaran bukan penghalang raih 10A
  • PENDIDIKAN

SPM: Masalah pendengaran bukan penghalang raih 10A

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PELAJAR Orang Kurang Upaya (Pendengaran) Lee Wan Lim, 18, menunjukkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang lulus 10A ketika tinjauan fotoBernama di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Ave Maria Convent hari ini. Foto BERNAMA

IPOH: Masalah pendengaran tidak menghalang Lee Wan Lin daripada memperoleh keputusan cemerlang pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun perlu bersaing dengan rakan sebaya di sekolah aliran perdana.

Lee, 18, bekas pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Ave Maria Convent di sini, berterima kasih kepada ibu bapanya kerana sering memberi sokongan sehingga dia berjaya memperoleh keputusan 10 A.

LEE Wan Lim, 18, (tengah) yang mendapat 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 kelihatan gembira melihat keputusan bersama rakannya ketika tinjauan fotoBernama di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Ave Maria Convent hari ini. Foto BERNAMA

“Mereka beri semangat, bahawa kekurangan pendengaran bukan halangan untuk berjaya dan saya boleh cemerlang. Saya juga berterima kasih kepada guru yang sangat baik dan banyak membantu di sekolah,” katanya kepada pemberita di sekolah itu hari ini.

Lee berkata dirinya mengalami masalah pendengaran pada telinga kiri sejak berusia 13 tahun selepas tidak dapat mendengar semasa menggunakan fon telinga, walaupun telah menaikkan bunyi ke tahap paling tinggi.

Berkongsi amalan belajarnya, Lee yang meminati subjek fizik berkata dia sering fokus semasa di sekolah.

“Saya fokus semasa pembelajaran, tulis nota dan bertanya cikgu berulang kali selain mengulang kaji pelajaran semasa waktu terluang di rumah. Selain itu, kawan-kawan juga sudi belajar bersama di sekolah,” katanya.

Lee berhasrat menyambung pelajaran di Universiti Malaya sama ada dalam bidang farmasi, perubatan atau pergigian. – Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Keputusan SPM SMK Kabong meningkat, Chee Kadir ucap tahniah
Next: Tukar aliran saat akhir bawa tuah buat calon cemerlang SPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.