Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SPM 2024: KPM akan teliti prestasi setiap mata pelajaran, cari ruang penambahbaikan
  • PENDIDIKAN

SPM 2024: KPM akan teliti prestasi setiap mata pelajaran, cari ruang penambahbaikan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TAHNIAH… Anak petani, Nur Amimi Sobri (berbaju biru) berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakan sekolah apabila muncul sebagai pelajar cemerlang SMK Tunku Sofiah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti secara terperinci prestasi setiap mata pelajaran pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, kata Ketua Setiausahanya Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Beliau berkata walaupun keputusan SPM 2024 menunjukkan peningkatan prestasi membanggakan, masih terdapat ruang penambahbaikan bagi memperkukuh sistem pendidikan negara.

“Kita (KPM) akan cuba melihat kepada kualiti setiap mata pelajaran dalam melakukan pascanilai dan menambah baik mata pelajaran yang ada sedikit kelemahan selain memberi penumpuan bagaimana kita boleh membantu calon yang akan menduduki SPM tahun ini,” katanya kepada pemberita ketika meninjau penyerahan keputusan SPM 2024 di Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) di sini hari ini.

Aminuddin berkata KPM juga akan mendapatkan maklum balas bagi menambah baik ekosistem peperiksaan, termasuk sokongan kaunseling bagi membantu pelajar membuat keputusan berhubung pilihan kerjaya.

“Contohnya (maklum balas) bila waktu yang sesuai untuk kita umumkan secara dalam talian dan kita juga akan lihat apa yang perlu kita sokong ibu bapa untuk membuat keputusan apabila mendapat keputusan SPM itu.

“Bagaimana mereka boleh mendapatkan khidmat kaunseling untuk membantu anak-anak buat keputusan pelajaran ataupun pekerjaan yang mereka hendak,” katanya.

Beliau berkata keputusan SPM 2024 turut membuka ruang kepada KPM untuk menganalisis semula pendekatan pendidikan serta menyokong dasar pembangunan negara dalam pelbagai sektor.

“Contohnya perlukah kita memberi penekanan kepada STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), apakah kita perlu juga menekankan kepada aliran seni? Itu perkara yang kita perlu lihat untuk menyediakan adik-adik kita apabila mereka hendak memasuki alam pekerjaan,” katanya.

Terdahulu, Aminuddin meluangkan masa mendengar pengumuman keputusan bagi 172 pelajar SAS yang menduduki SPM 2024.

Sekolah berkenaan terus mencatatkan keputusan cemerlang dengan kesemua calon layak mendapat sijil dan lebih 45 peratus mendapat keputusan cemerlang iaitu A+, A, A- bagi semua mata pelajaran diambil.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Putrajaya Ezaiddin Hussain. – Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: SPM 2024: 6,246 calon tidak hadir peperiksaan, lebih separuh beri alasan bekerja
Next: SPM 2024: SMK Marudi capai keputusan cemerlang, hampir 100 peratus lulus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.