Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Spekulasi persaraan Uggah terserah kepada Premier Sarawak, dakwaan diskriminasi kaum disifatkan tidak berasas
  • SEMASA

Spekulasi persaraan Uggah terserah kepada Premier Sarawak, dakwaan diskriminasi kaum disifatkan tidak berasas

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Hari Gawai 2026 di Kompleks UNIFOR, Kuching.

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyerahkan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menentukan sama ada beliau akan terus berkhidmat atau bersara pada pilihan raya akan datang susulan spekulasi yang beredar mengenai masa depan politiknya.

Menurut beliau, keputusan mengenai kedudukannya dalam politik bukan perkara yang perlu diputuskan sendiri sebaliknya bergantung kepada kebijaksanaan Premier Sarawak selaku Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Saya tidak mempunyai komen mengenai perkara itu. Saya serahkan kepada Premier Sarawak untuk menentukan sama ada seseorang pemimpin perlu bersara atau meneruskan perkhidmatan. Beliau mempunyai kebijaksanaan untuk membuat keputusan tersebut.

“Peralihan kepimpinan merupakan perkara biasa memandangkan faktor usia, keperluan idea baharu dan perkembangan teknologi yang sentiasa berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Hari Gawai 2026 di Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menolak dakwaan kononnya wujud diskriminasi kaum atau layanan tidak adil dalam pembangunan Sarawak.

“Pelbagai inisiatif kerajaan negeri termasuk sembilan agensi pembangunan wilayah yang meliputi kawasan dari Lundu hingga Lawas memberi manfaat kepada semua rakyat tanpa mengira kaum atau agama.

“Suara-suara yang cuba menggambarkan wujud diskriminasi di Sarawak langsung tidak berasas.

“Saya merayu kepada mereka supaya tidak membuang masa, sebaliknya tampil membantu dan menyumbang idea bagi membangunkan Sarawak,” tegasnya.

Beliau berkata keharmonian kaum dan agama yang dinikmati negeri ini membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada agenda pembangunan termasuk tenaga hijau, program hidrogen dan pelbagai projek strategik lain.

Menurutnya, pendekatan membantu semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang merupakan prinsip yang sentiasa menjadi pegangan kerajaan negeri.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri termasuk Sarawak
Next: Kemuncak sambutan Gawai Peringkat Negeri pada 21 Jun di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.