KUALA LUMPUR: Garis panduan yang digunapakai semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini akan dipraktikkan semula pada PRK DUN Slim dengan beberapa penambah baikan bagi mengekang penularan Covid-19, kata MenteriKanan (KlusterKeselamatan) Datuk Seri Ismail SabriYaakob.
Katanya antara garis panduan yang dipersetujui termasuk Bilik Gerakan Parti dan Bilik Gerakan Kecil dibenarkan dibuka sepanjang tempoh pilihanraya termasuk hari mengundi dengan syarat mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Bilik Gerakan ini perlu didaftarkan dengan pihak SPR terlebih dahulu untuk memudahkan proses pemantauan.
“Kempen dan ceramah hanya dibenar dilaksanakan di kawasan tertutup atau di kawasan berpagar bagi memudahkan proses pemantauan dan pemeriksaan suhu badan,” katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan di Bangunan Parlimen semalam.
Jumlah orang ramai juga perlu mengikut keluasan kawasan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan tidak boleh melebihi 250 individu pada satu-satu masa serta pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan.
“Waktu keluar mengundi adalah digalakkan mengikut ketetapan SPR. Ini bagi mengelak berlakunya kesesakan di pusat-pusat mengundi,” katanya.
Ismail Sabri berkata SPR akan mengadakan perbincangan dengan wakil parti politik yang bertanding mengenai garis panduan pilihanraya yang memerlukan penilaian berdasarkan situasi semasa.
“Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan untuk PRK ini adalah berdasarkan Akta 342, di bawah Kementerian Kesihatan bagi mencegah penyebaran jangkitan wabak Covid-19 semasa PRK. Bagaimanapun, peraturan di bawahAkta SPR masih diguna pakai semasa PRK berjalan,” katanya.
PRK DUN Slim diadakansusulankematianpenyandang Datuk Mohd Khushairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai. SPR menetapkan hari penamaan calon pada 15 Ogos manakala pengundian awal pada 25 Ogos dan mengundi pada 29 Ogos.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, Mohd Khusairi, yang mewakili Barisan Nasional, mengekalkan kerusi DUN Slim dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu Mohd Amran Ibrahim yang bertanding atas tiket PKR dancalon PAS Muhammad Zulfadli Zainal.
Berhubung isu kuarantin di rumah, Ismail Sabri berkata pegawai KKM bersama anggota polis membuat 2,018 pemeriksaan mengejut semalam untuk memastikan SOP ditetapkan dipatuhi, dengan seorang individu dikenakan tindakan.
“Sehingga kini, pihak polis mengambil tindakan di bawahS eksyen 22(B) Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, 1988) terhadap 31 individu yang melanggar SOP home quarantine termasuk yang keluar dari kawasan rumah menggunakan gelang kuarantin,” katanya.
Menurut Ismail Sabri, kertas siasatan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan sama ada individu yang melanggar SOP ini akan dihadapkan kemah kamah.
“Ia adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara dan bagi pihak polis, mereka telah hantar kertas siasatan dengan cadangan tindakan seterusnya,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata bagi tempoh 24 Julai hingga 5 Ogos, seramai 6,473 individu tiba di tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di 26 hotel dan stesen kuarantin di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak dan Perlis.
Daripada jumlah itu, seramai 18 individu telah dibawa ke hospital untuk rawatan kerana positif Covid-19.– Bernama