Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sokongan terhadap persatuan majukan sektor perniagaan tempatan
  • Tengah
  • WILAYAH

Sokongan terhadap persatuan majukan sektor perniagaan tempatan

Utusan Sarawak 2 months ago
BERAMAH MESRA… Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyantuni hadirin yang hadir pada majlis sambutan Ulang Tahun Ke-67 Persatuan Peniaga Kopi dan Restoran Sarikei di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Anthony, malam tadi.

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM30,000 kepada Persatuan Peniaga Kopi dan Restoran Sarikei bagi menyokong pelaksanaan aktiviti tahunan persatuan tersebut pada malam tadi.

Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata, peruntukan itu merupakan tanda sokongan berterusan beliau terhadap usaha persatuan memajukan sektor perniagaan tempatan, khususnya dalam kalangan pengusaha kopi dan restoran di daerah ini.

SELAMAT ULANG TAHUN… Ahli Jawatankuasa Persatuan Peniaga Kopi dan Restoran Sarikei dan Datoʼ Sri Huang Tiong Sii memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis sambutan Ulang Tahun Ke-67 Persatuan Peniaga Kopi dan Restoran Sarikei.

“Saya amat menghargai peranan persatuan ini dalam menyatukan komuniti peniaga serta membantu memperkukuhkan ekonomi setempat.

“Dengan adanya sokongan berterusan, saya yakin persatuan ini mampu melaksanakan lebih banyak program yang memberi manfaat kepada ahli dan masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Ulang Tahun Ke-67 Persatuan Peniaga Kopi dan Restoran Sarikei di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Anthony.

UNTUK ALBUM… Datoʼ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama pemimpin komuniti serta ahli Persatuan Peniaga Kopi dan Restoran Sarikei.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para pengundi di Sarikei atas kepercayaan yang diberikan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, yang membolehkannya terus membawa suara rakyat di Parlimen dan DUN.

“Saya juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu penduduk setempat, antaranya bantuan pakaian seragam, kasut dan beg sekolah untuk murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di kawasan Parlimen Sarikei dan DUN Repok bagi meringankan beban kewangan ibu bapa,” katanya.

Menyentuh mengenai pembangunan infrastruktur, beliau berkata pembinaan jalan raya sepanjang 17 kilometer (km) yang menghubungkan Sarikei ke Tanjung Manis kini berada di peringkat akhir dan dibuka bermula 28 Mac ini.

“Projek ini bukan sahaja akan memudahkan pergerakan penduduk tempatan, terutama menjelang Aidilfitri, malah turut berpotensi menarik lebih ramai pelancong serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi di kawasan Sarikei,” katanya lagi.

Majlis tersebut turut dihadiri pemimpin komuniti serta ahli persatuan yang berpeluang beramah mesra dengan Tiong Sii dalam suasana penuh muhibah.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perkhidmatan bas ekspres Sibu ke Kapit kembali beroperasi
Next: Pantau keadaan paras air kawasan berisiko banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.