Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sokong penuh usaha bangunkan projek berskala besar
  • TEMPATAN

Sokong penuh usaha bangunkan projek berskala besar

Utusan Sarawak 2 months ago
RAKAM KENANGAN… Datuk Dr Hazland Abang Hipni bergambar bersama Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan tetamu kehormat yang lain pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran beliau hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni menyatakan sokongan penuh terhadap usaha kerajaan Sarawak yang giat membangunkan beberapa projek berskala besar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.

Menurut beliau, pelaksanaan projek ini bakal membawa perubahan positif bukan sahaja dari segi pembangunan ekonomi masyarakat setempat, tetapi turut memperkukuh jaringan keterhubungan antara Demak Laut dan kawasan sekitar.

“Kita ada beberapa projek utama yang sedang dan akan dilaksanakan termasuk pelabuhan laut dalam serta lapangan kapal terbang di Tanjung Embang, Jambatan Sejingkat, pangkalan tentera laut dan projek perumahan,” jelasnya.

JAWAB SOALAN... Datuk Dr Hazland Abang Hipni bercakap kepada media. Foto UKAS

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa pembinaan Jambatan Sejingkat kini dianggarkan telah mencapai 60 hingga 70 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

“Apabila siap nanti, jambatan ini bukan sahaja akan memendekkan masa perjalanan ke Kota Samarahan, malah turut memberi kesan positif kepada pertumbuhan sosioekonomi di kawasan Kota Samarahan dan Petra Jaya,” katanya.

Dr Hazland berkata demikian ketika ditemui media semasa majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran beliau di sini, hari ini.

Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, beliau turut menzahirkan rasa gembira melihat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Tambah Dr Hazland, pihaknya menjangkakan lebih 5,000 pengunjung akan hadir sepanjang majlis yang berlangsung dari 10.00 pagi hingga 2.00 petang itu, susulan peningkatan jumlah kehadiran setiap tahun, dengan rekod lebih 3,000 pengunjung direkodkan pada penganjuran tahun lalu. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pembangunan Jalan Marudi ke Mulu siap dalam masa dua tahun
Next: Eksklusif: Kemajuan infrastruktur bawa perubahan pesat kepada penduduk kawasan Tanjung Manis, Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.