Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sng Wei Ming sasar dua emas di Kejohanan Remaja Dunia
  • SUKAN

Sng Wei Ming sasar dua emas di Kejohanan Remaja Dunia

Utusan Sarawak 8 months ago
PEMAIN perseorangan lelaki remaja negara Sng Wei Ming.

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki remaja negara Sng Wei Ming tekad untuk membalas kepercayaan diberikan barisan kejurulatihan selepas dirinya tersenarai untuk mewakili Malaysia dalam acara individu dan berpasukan di Kejohanan Remaja Dunia di Nanchang, China hujung bulan ini.

Beliau yang tidak tersenarai pada dua edisi sebelum ini menyasarkan untuk menamatkan penantian pingat emas negara di kejohanan itu selepas kali terakhir Malaysia memenanginya menerusi pemain perseorangan wanita Goh Jin Wei pada 2018.   

“Ini kali pertama dan terakhir sebab sebelum ini dua kali cuba tapi kali ini baru dapat (beraksi di kejohanan remaja dunia). Untuk edisi kali ini, saya akan beraksi dalam acara berpasukan dan individu.

“Kalau boleh saya mahu jadi juara acara individu dan bantu rakan dalam acara berpasukan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai format baharu kejohanan dalam acara berpasukan yang menggunakan sistem 11 mata, beliau mengakui ia memberi kelebihan kepada pasukan negara.

Juara remaja kebangsaan itu berkata pasukan negara sudah membiasakan diri dengan format baharu itu lebih dari sebulan selain mengadakan perlawanan simulasi sebagai persediaan menghadapi acara berpasukan.

“Sebelum ini rasa agak berbeza sebab tak pernah main 11 mata. Tapi selepas buat simulasi dekat kem latihan minggu lepas, saya rasa format ini memberi kebaikan kepada kami.

“Untuk format ini, pemain-pemain perlu lebih bersedia, tak boleh santai-santai dan perlu bermain sepantas boleh sebab permainan lebih pendek,” katanya.

Kali terakhir pasukan Malaysia berjaya memenangi pingat emas dalam acara berpasukan adalah pada 2011 yang berlangsung di Taiwan. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: San Siro hilang hak tuan rumah final Liga Juara-Juara UEFA 2027
Next: Gloria lengkapkan sasaran tiga emas ping pong Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.