Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SMK Three Rivers sedia untuk sesi persekolahan
  • TEMPATAN

SMK Three Rivers sedia untuk sesi persekolahan

Utusan Sarawak 5 years ago
DISINI…Seorang pelajar kelihatan menulis nama pada buku yang diletak di pondok di depan sekolah menengah itu.

MUKAH: SMK Three Rivers (TRS) adalah antara tiga sekolah menengah di daerah progresif ini  yang kelihatan sudah bersedia untuk kembali beroperasi.

Tinjauan Utusan Sarawak di kawasan masuk ke sekolah tersebut pada Selasa (23 Jun) menyaksikan pelajar dan ibu bapa sudah kelihatan mulai datang ke sana.

Adalah difahamkan sekolah perdana berkenaan mempunyai pelajar Tingkatan 6 dan Tingkatan 5 yang akan mengikuti persekohanan yang dijadualkan pada keesokan harinya(24 Jun).

Merupakan sesi pertama semenjak Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) berkuatkuasa pada 18 Mac lalu, ia dikatakan melibatkan kira-kira 350 pelajar.

Pelajar-pelajar tersebut ialah seratus lebih Tingkatan Enam Atas dan dua ratus lebih Tingkatan Lima, dengan kira-kira 90 pelajar asrama.

Pihak sekolah yang dikatakan bersedia untuk sesi berkenaan juga telah membuat persiapan rapi dengan menyediakan garisan-garisan di tempat-tempat tertentu, meletakan singki di beberapa tempat di kawasan sekolah dan sebagainya sesuai dengan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Ibubapa yang menghantar anak mereka kelihatan menunggu di pondok luar sekolah pada hari tersebut namun kelihatan yakin dengan langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh pihak sekolah.

Mereka juga diberitahu bahawa pelajar-pelajar yang sudah masuk ke asrama tidak dibenarkan sewenang-wenang untuk keluar kawasan sekolah.

Dalam masa yang sama, pihak Bomba dan Penyelamat Mukah juga telah melakukan operasi sanitasi di sekolah tersebut pada  Isnin (22 Jun).

Sekolah-sekolah menengah lain di daerah ini yang akan memulakan sesi yang sama pada 24 Jun ini ialah SMK Mukah dan SMK St. Patrick.

Setelah mengambil kira pandangan dan nasihat KKM dan MKN, KPM telah menetapkan bahawa tarikh pembukaan semula sekolah untuk pelajar kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara adalah pada 24 Jun.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Lori terbabas, hilang kawalan
Next: 33 terkandas dijadual tiba petang ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.