Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SMK Saribas juara keseluruhan perarakan Gawai Dayak Bahagian Betong 2026
  • Tengah
  • WILAYAH

SMK Saribas juara keseluruhan perarakan Gawai Dayak Bahagian Betong 2026

Utusan Sarawak 5 hours ago
SMK Saribas juara keseluruhan perarakan Gawai Dayak Bahagian Betong 2026. Foto Karnival Gawai Peringkat Bahagian Betong.

BETONG: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Perarakan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong 2026 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang, semalam.

Kejayaan manis itu menyaksikan sekolah berkenaan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM10,000, Piala Pusingan serta hadiah iringan tajaan PEPSI.

Selain merangkul gelaran tertinggi tersebut, SMK Saribas turut membuktikan kehebatan mereka apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Kontinjen Pakaian Terbaik serta Johan bagi Kategori C.

Acara tahunan yang diadakan di Dewan Panglima Rentap Betong itu berlangsung meriah dengan penglibatan seramai 2,200 peserta yang membentuk 32 kontinjen berbeza.

Kesemua kontinjen tersebut telah mempamerkan kebudayaan masing-masing menerusi empat kategori utama yang dipertandingkan mengikut sektor dan peringkat institusi.

Majlis perasmian perarakan berprestij ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu.

Turut hadir Ahli Parlimen Betong, Dato Dr. Richard Rapu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, ADUN Krian, Friday Belik, Residen Bahagian Betong, Datu Richard Michael Abunawas, Pengerusi Jawatankuasa Induk Karnival Gawai Peringkat Bahagian Betong, Leo Toni dan Pengerusi Jawatankuasa Perarakan Gawai 2026, Andrew Emparan.

PERARAKAN Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong 2026 yang berlangsung di Dewan Panglima Rentap Betong, semalam. Foto Karnival Gawai Peringkat Bahagian Betong

Bagi Kategori A yang melibatkan jabatan kerajaan, badan berkanun dan sektor swasta, kejuaraan berjaya disandang oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Betong.

Tempat kedua bagi kategori tersebut dimenangi oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong, manakala Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Betong sekadar berpuas hati di tempat ketiga.

Persaingan sengit dalam Kategori B yang melibatkan ketua kaum, rumah panjang, kampung, badan bukan kerajaan (NGO), pekan dan pasar raya pula menyaksikan Iban Balau Community Club muncul sebagai johan.

Naib johan Kategori B disandang oleh Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Sarawak, manakala tempat ketiga pula menjadi milik Gerempung Tuai Rumah (GTR) Layar.

Sementara itu, penguasaan SMK Saribas dalam Kategori C (IPTA/IPTS/Sekolah Menengah) diiringi oleh SMK Saint Augustine Betong di tempat kedua dan SMK Spaoh di kedudukan ketiga.

Bagi Kategori D yang melibatkan sekolah rendah, Tadika Perpaduan dan Tabika KEMAS, SK Saint Augustine membuktikan keupayaan mereka apabila merangkul gelaran johan.

SK Nanga Passa dan SK Paku Sentral masing-masing memberikan saingan hebat untuk menduduki tempat kedua dan ketiga bagi kategori sekolah rendah tersebut.

Bagi setiap pemenang kategori, johan membawa pulang wang tunai RM3,000, naib johan RM2,000, dan tempat ketiga RM1,000, berserta sijil penyertaan, piala, dan hadiah iringan daripada PEPSI.

Dua lagi anugerah khas iaitu Anugerah Persembahan Terbaik dimenangi oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Betong, manakala Anugerah Penyertaan Teramai dirangkul oleh GTR N37 Bukit Saban yang berjaya menghimpunkan seramai 120 peserta.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur CENTEXS Betong serta penaja dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Perarakan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong 2026.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lee Kim Shin dekati rakyat, tinjau kemudahan awam di Senadin
Next: Program Randau Komuniti penting sampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat – Dr Safiee

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.