Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SMC Cares permudah bayaran parkir di Pasar Sentral Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

SMC Cares permudah bayaran parkir di Pasar Sentral Sibu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
APLIKASI SMC CARE… Tempat letak kereta bertingkat di Pasar Sentral Sibu kini disepadukan sepenuhnya dengan aplikasi SMC Cares.

SIBU: Tempat letak kereta bertingkat di Pasar Sentral Sibu kini disepadukan sepenuhnya dengan aplikasi SMC Cares, menjadikan proses parkir lebih pantas, mudah, dan selesa bagi para pengguna.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Kaunselor Mohammed Abdullah Izkandar Roseley berkata, inisiatif digital ini bertujuan mengurangkan kesesakan serta mengelakkan kekeliruan yang sering berlaku di kawasan parkir berkenaan.

“Tiada lagi beratur panjang di kaunter, dan tiada lagi keperluan mencari kod QR—hanya pembayaran tanpa tunai yang lancar terus dari telefon anda,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsi di Facebook rasminya.

Beliau turut menggesa orang ramai agar segera mengemas kini aplikasi SMC Cares masing-masing melalui Apple App Store atau Google Play Store bagi menikmati kemudahan tersebut.

Katanya, tempat letak kereta bertingkat yang terletak berhampiran Jalan Khoo Peng Loong itu merupakan lokasi pertama di Sibu yang melaksanakan sistem pembayaran parkir tanpa tunai sejak Oktober tahun lalu.

Kemudahan ini, ujarnya, digunakan secara meluas oleh pengunjung Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pasar Sentral Sibu.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Spring Flower Festival UTS serlah keberanian, semangat pelajar
Next: Bantu tambah stok darah: Sertai kempen derma darah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.