Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Skim gaji baharu penjawat awam akan diumum sebelum penghujung 2024 – PM Anwar
  • NASIONAL

Skim gaji baharu penjawat awam akan diumum sebelum penghujung 2024 – PM Anwar

Utusan Sarawak 2 years ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (enam, kiri) bersama pemenang Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diwakili oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (tujuh, kanan) dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yassin (empat, kanan) bagi projek Audio Frequency Intercept System (AFIS) pada majlis AIPSA 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (lima, kiri). FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata skim gaji baharu untuk penjawat awam akan diumum sebelum penghujung tahun depan.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata beberapa garis panduan akan disediakan sebelum akhir tahun ini atau suku pertama 2024 agar skim gaji baharu itu dapat diumumkan sebelum penghujung tahun depan.

Beliau berkata, sebelum ini tiada kajian menyeluruh mengenai skim gaji penjawat awam dilakukan namun kerajaan ketika ini sedang melaksanakannya melalui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“Dasar kita selama ini ada kajian penyelarasan gaji setiap 10 tahun, ini nak mencecah masuk ke tahun ke-12.

“Sebelum ini tidak ada satu kajian menyeluruh tetapi sekarang saya dah umumkan (Kajian SSPA), kita akan lakukan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) 2023 anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed dan Ketua Pengarah Mampu Datuk Rodzi Md Saad.

Perdana Menteri berkata kerajaan mengumumkan pemberian Bayaran Insentif Awal SSPA sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta bayaran insentif RM1,000 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen memandangkan kajian itu mengambil masa kerana melibatkan semua jabatan.

Beliau mengumumkan perkara itu semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lepas dan bayaran insentif terbabit akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari tahun hadapan.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan merencanakan dasar yang jelas tertumpu ke arah mengangkat martabat ekonomi serta kesejahteraan rakyat dan negara dalam usaha mengubah keadaan ekonomi Malaysia supaya ada anjakan. – Bernama

Continue Reading

Previous: INSTEP komited teruskan usaha melestarikan alam sekitar
Next: JPPKK komited tingkat peratus siswazah POLYCC peroleh gaji premium

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.