Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SK Sayed Othman dijangka siap Jun, atasi kesesakan pelajar di Miri
  • Utara
  • WILAYAH

SK Sayed Othman dijangka siap Jun, atasi kesesakan pelajar di Miri

Utusan Sarawak 13 hours ago
TINJAU…Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man bersama yang lain semasa memantay Projek pembinaan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Sayed Othman di Miri.

MIRI:  Projek pembinaan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Sayed Othman di sini kini berada pada tahap 89 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun tahun ini.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, perkembangan itu hasil pemantauan berterusan serta usaha pelbagai pihak bagi memastikan projek berkenaan tidak terus tertangguh.

Menurut beliau sepanjang dua tahun lalu, isu kelewatan projek tersebut telah dibangkitkan di Parlimen selain beliau sendiri mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bagi mempercepatkan proses tender semula

“Saya amat prihatin terhadap kelewatan projek ini kerana ia memberi kesan langsung kepada pembangunan pendidikan di Miri, khususnya dalam menangani masalah kesesakan pelajar di kawasan terlibat.

“Berdasarkan laporan terkini, projek ini kini mencapai 89 peratus siap dan dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya pada Jun tahun ini,”katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke tapak projek SK Sayed Othman bersama Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jumari Hashim, Pegawai Sektor Perancangan PPD,Awang Ali serta kontraktor penyelamat projek.

Chiew berkata, apabila siap kelak, sekolah itu akan menyediakan lapan bilik darjah, blok pentadbiran, bilik sains serta pelbagai kemudahan lengkap termasuk perabot dan peralatan mengikut piawaian pendidikan semasa.

Katanya, pembinaan semula SK Sayed Othman amat penting dalam menampung pertambahan populasi pelajar di Miri serta meningkatkan mutu kemudahan pendidikan di kawasan tersebut.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, PPD Miri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri atas komitmen berterusan dalam memastikan projek itu dapat disiapkan secepat mungkin.

“Kami akan terus bekerjasama rapat bagi memastikan projek ini dapat disiapkan mengikut jadual demi manfaat pendidikan generasi akan datang,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Agihan ‘penganan’ perkukuh perpaduan masyarakat di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.