Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SK Muput di Tatau dibadai banjir lagi
  • WILAYAH

SK Muput di Tatau dibadai banjir lagi

Utusan Sarawak 4 months ago

Keadaan banjir di SK Kuala Muput. Foto ihsan SK Kuala Muput

TATAU: Seramai 10 mangsa dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Muput di sini telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) apabila kawasan sekolah terbabit ditenggelami air akibat banjir yang berlaku hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tatau yang juga Pegawai Daerah, Calvin Ligong Endawi

mengisytiharkan PPS Rumah Steven Tatau untuk dibuka pada jam 9 malam tadi.

Ini memandangkan SK Kuala Muput tidak selamat untuk didiami atas faktor bencana banjir. 

Untuk rekod, kejadian banjir di SK Kuala Muput Tatau ini adalah kali yang kedua berlaku dalam tempoh kurang dua minggu.

Kali pertama kejadian banjir berlaku adalah sekitar pada tarikh 12 hingga 16 Januari lalu. 

Namun, tiada PPS dibuka pada kejadian tersebut.

Continue Reading

Previous: Banjir landa enam unit kuarters guru, dewan makan
Next: Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 100 orang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.