Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SJKC Chung San terima geran naik taraf sekolah
  • TEMPATAN

SJKC Chung San terima geran naik taraf sekolah

Utusan Sarawak 4 years ago
MENINJAU… Datuk Lee Kim Shin( tiga kanan) semasa mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (C) Chung San di Miri baru-baru ini.

MIRI: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung San menerima sejumlah geran bagi menaik taraf kemudahan sekolah.

Geran terbabit diserahkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin kepada Lembaga Pengurusan Sekolah ketika beliau melawat sekolah itu pada Jumaat lalu.

Lee berkata geran tersebut digunakan untuk menyediakan ruang mencuci tangan untuk 24 pelajar pada satu-satu masa bagi memastikan pelajar sentiasa mengutamakan kebersihan diri.

Pihak sekolah kemudian menzahirkan rasa terima kasih terhadap bantuan daripada Ahli Dewan  Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu atas keprihatinan dan sentiasa peka dengan keperluan pembangunan bidang pendidikan di sekolah.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengurusan SJKC Chung San, Chai Ming Kian, Guru Besar SJK (C) Chung San, Choo Chong Lok dan Kapitan Jee Kee Hiong.

Pada lawatan berasingan, Lee Kim Shin meninjau perkembangan projek menurap semula tempat letak kereta di Masjid Darul Falah, Kampung Lembah Hijau.

Menurut Lee projek menaik taraf ruang tempat kereta ini merupakan permohonan Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Falah pada awal tahun ini dan kini telah berjaya dilaksanakan.

“Ia mampu menampung lebih 10 kenderaan dan juga akan memberi keselesaan dan keselamatan jemah meletak kenderaan khususnya pada setiap waktu solat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Falah, Zaini Saiee menghargai bantuan yang disalurkan untuk rumah-rumah ibadat terutamanya di Miri.

“Kita merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada beliau (Kim Shin) yang sentiasa peka dan membantu dalam segala permasalahan yang dihadapi oleh pihak masjid,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Durian eksotik jadi tarikan
Next: Program vaksinasi berjaya tingkatkan imuniti individu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.