Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SJA perkukuh peranan satukan pengamal media Sibu dalam era digital
  • Tengah
  • WILAYAH

SJA perkukuh peranan satukan pengamal media Sibu dalam era digital

Utusan Sarawak 5 hours ago
 AHLI Persatuan Wartawan Sibu (SJA) bergambar berkumpulan selepas mesyuarat agung tahunan persatuan itu semalam.

SIBU: Persatuan Wartawan Sibu (SJA) terus memperkukuh peranannya sebagai platform penyatuan pengamal media tempatan ketika industri berdepan perubahan pesat landskap digital.

Pengerusinya, Florence Nervyn berkata, tempoh setahun menerajui persatuan itu memberikan pelbagai pengalaman dan cabaran yang membantu SJA menjadi lebih matang serta kekal relevan.

“SJA bukan sekadar sebuah organisasi, tetapi platform yang menyatukan suara, memperkukuh hubungan dan memperjuangkan kebajikan wartawan di Sibu,” katanya ketika berucap pada mesyuarat agung tahunan persatuan itu, semalam.

Menurutnya, SJA kini mempunyai 39 ahli berdaftar terdiri daripada wartawan dan editor pelbagai organisasi media, dengan kekuatan utamanya terletak pada semangat perpaduan dan sokongan antara ahli.

Sepanjang tahun lalu, SJA melaksanakan pelbagai program termasuk sesi perkongsian ilmu, aktiviti kebajikan serta inisiatif penglibatan ahli.

Bagi tahun ini, beberapa aktiviti telah dirancang antaranya sambutan Gawai, Hari Keluarga SJA, majlis Krismas, sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) serta kursus peningkatan kemahiran untuk pengamal media

Pada masa sama, katanya, SJA turut memperluas jaringan kerjasama dengan agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan bagi memperkukuh peranan dalam ekosistem media.

Namun, beliau mengingatkan agar persatuan tidak leka, sebaliknya sentiasa bersedia menghadapi perubahan dalam dunia kewartawanan yang dipacu teknologi digital serta cabaran integriti maklumat.

“Perkembangan teknologi yang pantas dan penyebaran maklumat tanpa sempadan menuntut kita lebih berdisiplin serta berpegang teguh kepada etika kewartawanan,” katanya.

Florence turut menegaskan kejayaan semua perancangan bergantung kepada penglibatan aktif ahli kerana SJA adalah milik bersama.

“Kepimpinan bukan soal jawatan, tetapi tanggungjawab untuk memandu organisasi ini ke arah yang lebih baik,” ujarnya.

Beliau berharap SJA akan terus kukuh sebagai suara profesional pengamal media, bukan sahaja dalam menyampaikan berita tetapi juga sebagai suara yang bertanggungjawab dan dipercayai masyarakat.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: 184 buah rumah panjang jadi fokus lawatan pra Gawai di DUN Meradong
Next: JCI Kuching perkukuh hubungan komuniti di AZAM Berambeh Raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.