
KUCHING: Junior Chamber International (JCI) Kuching baru-baru ini menyertai sambutan tahunan AZAM Berambeh Raya, sekali gus mengukuhkan komitmen terhadap perpaduan sosial dan interaksi antara budaya.
Delegasi tersebut diketuai oleh Presidennya, Mark Teo serta disertai Naib Presiden Hal Ehwal Antarabangsa, Fion Wong dan Pengarah Suruhanjaya Hal Ehwal Antarabangsa, Ninie Racha.
Majlis yang berlangsung di Dewan Sri Mahligai itu menghimpunkan pemimpin tempatan serta masyarakat setempat dalam semangat Aidilfitri.
Menurut Mark, pihaknya berbesar hati menerima jemputan tersebut sekali lagi dan menegaskan bahawa acara seumpama ini penting dalam memupuk semangat kebersamaan serta saling menghormati dalam masyarakat berbilang kaum.
Beliau berkata, penyertaan JCI Kuching mencerminkan usaha berterusan organisasi itu dalam merapatkan jurang perbezaan serta meraikan nilai bersama dalam kalangan rakyat Sarawak.
JCI Kuching turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua, selaras dengan semangat kemaafan dan perpaduan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan Kalendar JCI Kuching 2026 atau maklumat lanjut boleh menghubungi Yap Siew Yee di talian 011-23345885, Doris Hiu (010-8160032) atau Mark Teo (014-5909888).
Oleh Connie Chieng