Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Siswazah, pekerja disaran tingkatkan kemahiran
  • BISNES

Siswazah, pekerja disaran tingkatkan kemahiran

Utusan Sarawak 5 years ago

Dato' Dr. Mahn Hang Soon (R) and Datuk Lim Ban Hong (L) shake hands after swearing in as senators at Dewan Negara. AZHAR MAHFOF/The Star (10/3/2020)

TIMBALAN Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,Datuk Lim Ban Hong

KUALA LUMPUR: Siswazah dan pekerja industri automotif tempatan perlu memanfaatkan sepenuhnya program latihan semula dan peningkatan kemahiran oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) untuk meningkatkan kemahiran dan memenuhi peningkatan permintaan dalam industri automotif global.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong berkata, langkah ini akan membantu Malaysia merealisasikan aspirasinya sebagai hab pekerja berkemahiran tinggi dan menjadi antara pemangkin bagi menarik pelaburan bernilai tinggi ke Malaysia.

“Industri automotif adalah industri utama yang mewujudkan peluang pekerjaan kepada bakat muda di Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, Lim melawat Akademi Teknologi MARii bersempena Hari Kemahiran Belia Dunia.

Pada tahun lepas, MARii – agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melatih hampir 6,000 pelajar universiti, siswazah dan tenaga kerja industri sedia ada menerusi programnya di samping bercadang melatih 9,780 peserta tambahan pada tahun ini.

MARii menawarkan 15 program latihan semula dan peningkatan kemahiran untuk membantu siswazah mendapatkan pekerjaan dalam industri automotif termasuk Pensijilan Kejuruteraan Industri Automotif (AICE) untuk siswazah kejuruteraan memulakan karier dalam industri automotif.

Peserta program akan menjalani kursus intensif selama lapan bulan merangkumi latihan dalam bilik darjah dan latihan semasa bekerja dalam industri berkenaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: InvestKL, CCB lancar platform sehenti B2B global
Next: STATOS terima pesanan makanan bernilai RM310,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.