Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sistem parit tebatan banjir dijangka siap Disember nanti
  • TEMPATAN

Sistem parit tebatan banjir dijangka siap Disember nanti

Utusan Sarawak 3 years ago

PANTAU… Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi ketika lawatan ke tapak projek di Poliklinik Padang Merdeka, Jalan Masjid di Kuching. • Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Projek pembinaan sistem perparitan tebatan banjir sepanjang 515 meter bermula di Jalan Masjid hingga ke Sungai Sarawak dijangka siap awal Disember nanti.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, kontraktor penyelamat sudah memulakan kerja pembinaan di tapak sejak 1 Ogos lalu dan dijangka siap dalam tempoh empat bulan.

“Proses pembinaan sistem perparitan tebatan banjir sepanjang 515 meter bermula di Jalan Masjid pada ketika ini mendahului jadual sebanyak tujuh peratus.

“Malah, kerja penurapan jalan akan bermula dalam minggu ini,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja tapak pembinaan sistem perparitan tebatan banjir di Jalan Masjid di sini, semalam.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa projek ini akan disiapkan mengikut jadual dan nilai kos kontrak projek ini sebanyak RM6.6 juta secara ‘Lump sum’ ditawarkan kepada kontraktor terdahulu, manakala kontraktor baharu dibayar RM 2,950,000.

Projek ini merangkumi Jalan Masjid, Jalan Gartak, Jalan Gartak (Terminal Bas), Jalan Market, Lebuh Java, kolam takungan dan pintu air menuju ke Sungai Sarawak dengan kos keseluruhan hampir RM10 juta.

Untuk rekod, kontrak projek ini bermula pada 11 Januari 2018 dan sepatutnya siap pada 12 Januari 2019, tetapi gagal menyiapkan kerja dan ditamatkan kontrak pada 20 September 2021.

Oleh AZREEN KERIA

Continue Reading

Previous: Jualan Murah Keluarga Malaysia Mukah dapat sambutan
Next: MBM anjur pertandingan cipta replika bangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.