Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Sistem e-Jamin diteruskan
  • NASIONAL

Sistem e-Jamin diteruskan

Utusan Sarawak 12 months ago
BAHAGIAN Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan ia bagi menjamin kemudahan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneruskan penggunaan sistem pengurusan ikat jamin elektronik, atau e-Jamin, selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI dan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggalakkan inisiatif pendigitalan dalam sistem perkhidmatan kerajaan.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan ia bagi menjamin kemudahan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

“BHEUU JPM ingin menegaskan bahawa keputusan pembatalan (sebelum ini) telah diambil tanpa sebarang pengetahuan dan perbincangan dengan bahagian ini yang sepatutnya ia perlu dirujuk dan mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang berkaitan.

“Justeru, pihak Jabatan Perdana Menteri telahpun membuat keputusan untuk meneruskan penggunaan sistem e-Jamin selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI,” menurut kenyataan itu.

Badan Peguam Malaysia dalam pekelilingnya minggu ini memaklumkan sistem e-Jamin, yang membolehkan pihak menjamin membuat bayaran melalui transaksi perbankan secara dalam talian, tidak lagi digunakan mulai 20 Mei.

Mulai tarikh itu, sistem digital yang diperkenal empat tahun lepas diganti dengan sistem manual seperti sebelum ini yang menurut peguam mempunyai banyak kelemahan.

Tindakan itu menyebabkan seramai 50 peguam menandatangani memorandum petisyen terhadap JPM berhubung keputusan mengejut mahkamah membatalkan sistem e-Jamin. – Bernama

Continue Reading

Previous: Majikan tipu pekerja asing berdepan pendakwaan
Next: Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.