Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Singapura, Jepun lancar laluan hijau
  • GLOBAL

Singapura, Jepun lancar laluan hijau

Utusan Sarawak 5 years ago
ANTARA langkah yang diambil adalah ujian pra-pelepasan dan pasca ketibaan serta keperluan untuk patuh pada jadual terkawal selama 14 hari di negara destinasi. • Foto AFP

SINGAPURA: Singapura dan Jepun akan melancarkan laluan hijau untuk perjalanan rasmi dan sebagai usaha menyokong ekonomi utama bermula 18 September, lapor AFP yang memetik kata menteri luar kedua-dua negara.

Dalam satu kenyataan bersama oleh Kementerian Luar Singapura, laluan hijau yang akan dilancar pada 18 September 2020 itu bertujuan menyokong perniagaan penting dan perjalanan rasmi antara kedua-dua negara.

Itu merupakan rangka kerja pertama yang dilaksanakan Jepun dengan negara lain,sekali gus dapat mengembalikan kesalinghubungan dan pemulihan ekonomi bagi Negara Matahari Terbit itu dengan Singapura.

“Keputusan itu menyambung semula perjalanan rentas sempadan yang selamat selain meneruskan hubungan perniagaan tanpa membelakangkan aspek kawalan keselamatan kesihatan awam,” ujar kenyataan itu.

Antara langkah yang diambil adalah ujian pra-pelepasan dan pasca ketibaan serta keperluan untuk patuh pada jadual terkawal selama 14 hari di negara destinasi.

Butiran operasi termasuk kelayakan, protokol kesihatan dam proses permohonan akan diterbitkan di laman web SafeTravel dan di laman web Kementerian Luar Jepun menjelang 18 September.-AFP

Continue Reading

Previous: New York adakan upacara kenang tragedi 11 September
Next: Kes positif di Indonesia cecah 210,940

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.