Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Sindiket seleweng diesel tumpas, rampasan hampir RM95,000
  • JENAYAH

Sindiket seleweng diesel tumpas, rampasan hampir RM95,000

Utusan Sarawak 3 hours ago
PERIKSA…Pegawai polis bersama KPDN Miri memeriksa minyak diesel dan peralatan dirampas dalam serbuan ke atas sebuah premis di Senadin disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan diesel.

MIRI: Kegiatan penyelewengan minyak diesel yang dipercayai beroperasi di sebuah kawasan perindustrian di Senadin di sini terbongkar selepas diserbu sepasukan pegawai polis bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), semalam.

Dalam serbuan kira-kira 10.00 pagi di sebuah premis di Senadin Enterprise Park Fasa 9, Desa Senadin Industrial Land, dua lelaki tempatan berusia antara 40 hingga 49 tahun didapati sedang menjalankan aktiviti penyelewengan minyak diesel. 

Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, siasatan awal mendapati premis berkenaan dijadikan pusat pengumpulan minyak diesel yang dibeli daripada pemandu kenderaan berat di sekitar Miri sebelum dipindahkan ke dalam tangki simpanan dan dijual semula kepada pemain industri di bahagian itu. 

PERIKSA…Pegawai polis bersama KPDN Miri memeriksa minyak diesel dan peralatan dirampas dalam serbuan ke atas sebuah premis di Senadin disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan diesel.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut menemukan kira-kira 5,250 liter minyak diesel, sebuah lori tangki berkapasiti 5,000 liter, sebuah skid tank berkapasiti 10,000 liter serta pelbagai peralatan yang digunakan untuk kegiatan berkenaan.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah RM94,787.50,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, pemilik premis mempunyai permit KPDN yang membenarkan pembelian dan penggunaan diesel tidak bersubsidi dengan kapasiti simpanan sehingga 10,000 liter, namun kemudahan itu dipercayai disalahgunakan untuk tujuan penyelewengan. 

Kes diserahkan kepada KPDN Cawangan Miri untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 21(1) Akta Kawalan Bekalan 1961. 

Mohd Farhan turut mengingatkan orang ramai agar tidak bersekongkol dengan sindiket penyelewengan diesel kerana aktiviti itu menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan, selain menggesa masyarakat menyalurkan maklumat kepada polis atau KPDN bagi membanteras kegiatan berkenaan. 

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Miliki syabu 2.8 gram, lelaki 36 tahun ditahan di Kampung Mentung Berawan
Next: Dua lelaki ditahan disyaki terbabit samun dan curi kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.