Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Sindiket percepat permohonan warganegara ditahan
  • JENAYAH

Sindiket percepat permohonan warganegara ditahan

Utusan Sarawak 2 months ago

PUTRAJAYA: Dua pemilik syarikat dan seorang kerani ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit sindiket yang merasuah pegawai jabatan kerajaan.

Menurut sumber, kesemua lelaki berusia 20 hingga 30an itu ditahan antara 1.00 pagi hingga 1.30 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini, kelmarin.

Kesemua mereka disyaki terbabit sindiket yang merasuah pegawai-pegawai jabatan kerajaan bagi mempercepat proses permohonan mendapatkan taraf warganegara Malaysia oleh pemohon warga asing.

“Tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek menerusi Op Fastlane ini adalah susulan Op Outlander yang dijalankan pada 11 Mac lalu melibatkan sindiket yang merasuah pegawai-pegawai jabatan kerajaan bagi mempercepat proses permohonan taraf kewarganegaraan.

“Mereka dipercayai membayar rasuah antara RM5,000 hingga mencecah RM150,000 bagi satu permohonan,” kata sumber itu.

Kesemua mereka kini direman hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM Datuk Idris Zaharuddin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ketiga-tiga suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Lelaki rekrut untuk sindiket penipuan pekerjaan ditahan
Next: Tiga polis terbunuh ketika serbu judi sabung ayam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.