Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Sin Chew Daily disiasat, serah surat tunjuk sebab kerana siar jalur gemilang tidak lengkap
  • NASIONAL

Sin Chew Daily disiasat, serah surat tunjuk sebab kerana siar jalur gemilang tidak lengkap

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SIN Chew Daily.

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan bahawa Sin Chew Daily telah diberikan surat tunjuk sebab selepas dipanggil bagi siasatan berhubung isu penyiaran Jalur Gemilang tidak lengkap hari ini.

KDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan ke atas Sin Chew Daily dilaksanakan serta merta di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Kementerian itu menegaskan ia tidak akan sesekali berkompromi dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang didapati cuai dalam menerbitkan bahan yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Menurut KDN, perbuatan menyiarkan Jalur Gemilang tanpa simbol bulan sabit, yang merupakan lambang kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, adalah suatu kecuaian serius dan tidak sewajarnya dilakukan.

“Selain itu, perbuatan ini juga bukan sahaja mencerminkan kelalaian profesionalisme, malah boleh mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk negara ini,” menurut kenyataan itu.

KDN turut memaklumkan sebarang tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap akhbar itu akan dipertimbang sewajarnya selepas siasatan dilengkapkan.

Semalam, Sin Chew Daily menerbitkan ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit pada muka hadapannya sempena liputan lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia.

Insiden itu mendapat kiritikan pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bertitah pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: PM Anwar, Presiden XI saksi pertukar MoU majukan kerjasama Malaysia – China
Next: MCMC siasat Kwong Yit Poh siar gambar bendera tidak lengkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.