Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Simunjan bakal alami gangguan bekalan air esok
  • Selatan
  • WILAYAH

Simunjan bakal alami gangguan bekalan air esok

Utusan Sarawak 3 months ago
NOTIS gangguan bekalan air berjadual di Simunjan.

SIMUNJAN: Penduduk di Daerah Simunjan dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual esok bermula dari 7.00 pagi hingga 7.00 malam.

Menurut notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB), gangguan tersebut melibatkan keseluruhan kawasan Simunjan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan yang akan dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.

Kerja-kerja tersebut melibatkan penukaran paip bersaiz 345mm HDPE ke 300mm DI Pipe (Culvert Crossing) pada sistem perpaipan di kawasan Kampung Nanas Tengah.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan tersebut.

JBALB juga akan berusaha memastikan bekalan air kembali stabil secepat mungkin setelah kerja-kerja selesai dijalankan.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi JBALB Sarawak melalui talian pusat panggilan di 084-255221 atau JBALB Samarahan Careline di 014-8763789.

Maklumat terkini juga boleh diperoleh melalui laman web rasmi JBALB di https://jbalb.sarawak.gov.my atau media sosial JBALB Sarawak.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf laluan papan sedang giat dijalankan
Next: Gesa percepatkan pelaksanaan projek BDDA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.