Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SIMBC 2026 perkukuh kedudukan Kuching di pentas sukan antarabangsa
  • SUKAN

SIMBC 2026 perkukuh kedudukan Kuching di pentas sukan antarabangsa

Utusan Sarawak 4 hours ago
RAKAMAN gambar kenangan sidang media SIMBC 2026 di di Dewan Mesyuarat Mulu, Bangunan Baitulmakmur 2, Petra Jaya.

PETRA JAYA: Penganjuran  Cabaran Basikal Gunung Antarabangsa Siol (SIMBC 2026) dilihat sebagai pemangkin utama dalam memperkukuh kedudukan bandar raya Kuching sebagai destinasi sukan bertaraf dunia.

Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, edisi ke-11 kejohanan itu mencatat sejarah tersendiri apabila disenaraikan dalam Siri Benua Asia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

“Penganjuran ini merupakan satu pencapaian penting kerana Kuching dipilih sebagai lokasi penamat bagi siri berprestij ini, sekali gus mengiktiraf keupayaan kita sebagai tuan rumah acara sukan antarabangsa.

“Penyertaan kira-kira 250 pelumba dari dalam dan luar negara termasuk Indonesia, Filipina, Brunei dan Singapura mencerminkan daya tarikan kejohanan tersebut di peringkat serantau dan global.

“SIMBC 2026 bukan sekadar pertandingan, tetapi platform pembangunan sukan yang memberi pendedahan antarabangsa, mata ranking serta peluang meningkatkan prestasi atlet,” katanya.

SIDANG MEDIA… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada sidang media SIMBC 2026 di Dewan Mesyuarat Mulu, Bangunan Baitulmakmur 2, Petra Jaya.

Beliau berkata demikian pada sidang media SIMBC 2026 di Dewan Mesyuarat Mulu, Bangunan Baitulmakmur 2, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Hilmy Othman berkata, pihaknya telah melakukan persiapan rapi bagi memastikan kejohanan tersebut memenuhi standard antarabangsa.

“Daripada kesiapsiagaan trek hinggalah kepada logistik, keselamatan dan perkhidmatan atlet, semua aspek dilaksanakan dengan teliti bagi menjamin kelancaran penganjuran.

“Sebagai pusingan akhir dalam siri ini, kejohanan ini memainkan peranan penting dalam menentukan kedudukan keseluruhan serta kelayakan ke Piala Dunia Berbasikal Gunung UCI 2027.

DATUK Bandar DBKU, Hilmy Othman, bercakap pada sidang media SIMBC 2026 di Dewan Mesyuarat Mulu, Bangunan Baitulmakmur 2, Petra Jaya.

“Selain itu, acara ini turut memberi impak besar kepada pembangunan sukan, pelancongan dan ekonomi tempatan melalui penglibatan komuniti serta peluang perniagaan,” ujarnya.

Untuk rekod, SIMBC 2026 dijadual berlangsung dari 21 hingga 23 Ogos 2026 di Trek Basikal Gunung Siol, Kuching dan merupakan antara lima acara yang diiktiraf dalam siri Asia Continental UCI. 

Kejohanan itu menampilkan pelbagai kategori termasuk Cross-country Olympic (XCO), Short Track (XCC), Eliminator (XCE), Downhill (DHI) serta Relay Piala Datuk Bandar, dengan jumlah hadiah keseluruhan RM112,000. 

Selain itu, lima pelumba terbaik siri ini akan layak ke Piala Dunia Berbasikal Gunung UCI 2027, sekali gus mengukuhkan lagi kepentingan Kuching sebagai lokasi penentu dalam kalendar sukan antarabangsa.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Dua beregu terbaik bakal galas cabaran Malaysia ke Sukan Asia 2026
Next: RTM, Unifi TV penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia – Fahmi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.