Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Sijil palsu: KPT buat laporan polis, pastikan tindakan tegas dikenakan
  • NASIONAL

Sijil palsu: KPT buat laporan polis, pastikan tindakan tegas dikenakan

Utusan Sarawak 10 months ago
MENTERI Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan segera membuat laporan polis berkaitan dakwaan penjualan sijil akademik dari peringkat sekolah hingga pengajian tinggi seperti dilaporkan akhbar tempatan, semalam.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, langkah ini mencerminkan keseriusan KPT yang tidak berkompromi dalam memastikan tindakan tegas dikenakan kepada mana-mana institusi pendidikan tinggi awam (IPTA), institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) atau individu yang didapati terlibat.

“Saya ingin mengingatkan kepada IPTA dan IPTS agar tidak membenarkan kegiatan seumpama ini daripada terus berlaku kerana ia akan mengelirukan orang ramai dan merosakkan imej institusi universiti.

“KPT akan terus komited untuk memastikan sistem pendidikan tinggi tidak tercemar dan menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Media melaporkan sindiket penjualan sijil akademik palsu secara dalam talian yang secara terang-terangan mempromosikan kegiatan mereka di media sosial pada harga antara RM1,500 dan RM4,000.

Kegiatan itu didakwa menyasarkan individu yang terdesak untuk memiliki kelayakan akademik bagi tujuan mencari pekerjaan.

Zambry berkata, terdapat beberapa kes penipuan sijil akademik telah berjaya dirungkai sebelum ini melalui aduan awam melibatkan sindiket penipuan yang memperdaya mangsa menggunakan nama institusi pendidikan tinggi.

Katanya, pemantauan dan kawal selia berterusan dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi dengan melaksanakan pemeriksaan ke atas IPTS selaras dengan Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996 (Akta 555) berkaitan pengeluaran sijil palsu.

Selain itu, katanya, KPT mempunyai posedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan untuk memastikan kesahihan sijil akademik bagi tujuan pengesahan oleh orang awam.

Beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan helah sindiket penipuan dan penjualan sijil akademik berkenaan.

Orang ramai boleh menyemak kelayakan dan maklumat berkenaan penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran di portal GREaT KPT melalui pautan https://dohe.mohe.gov.my/award/. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kibarkan Jalur Gemilang, tanda cinta pada negara
Next: Perkeso bayar RM2.9 bilion kepada pencarum seluruh negara setakat Jun tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.