Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sidang Kemuncak Pemimpin G20 diadakan 21–22 November
  • GLOBAL

Sidang Kemuncak Pemimpin G20 diadakan 21–22 November

Utusan Sarawak 5 years ago
G20, platform utama dunia untuk kerjasama ekonomi antarabangsa turut menerajui perjuangan menentang pandemik Covid-19.

RIYADH: Sidang Kemuncak Pemimpin G20 tahun ini akan diadakan secara maya pada 21 hingga 22 November, dipengerusikan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, lapor agensi berita Xinhua.

Memetik kenyataan Arab Saudi selaku Presiden G20, sidang kemuncak kali ini bertemakan “Merealisasikan Peluang Abad ke-21 untuk Semua”, antara lain akan memberi tumpuan untuk melindungi kehidupan dan memulihkan pertumbuhan.

G20, platform utama dunia untuk kerjasama ekonomi antarabangsa turut menerajui perjuangan menentang pandemik Covid-19. Anggota G20 sudah menyumbang lebih AS$21 bilion untuk menyokong pengeluaran, pengedaran serta akses kepada diagnostik, terapi dan vaksin, menurut kenyataan itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Trump pilih Barrett ganti Ginsburg
Next: Menara jam Big Ben London muncul semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.