Siasatan Op Northern Star: Seorang lagi Datuk Seri ditahan

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Polis menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan skim penipuan pelaburan melibatkan MBI International Group (MBI) menerusi Op Northern Star baru-baru ini.

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman Datuk Muhammed Hasbullah Ali ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit termasuk individu bergelar Datuk Seri.

Bagaimanapun, beliau berkata butiran mengenai hasil Op Northern Star terbabit akan dikongsikan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dalam masa terdekat.

Pada 30 Mei lepas, Muhammed Hasbullah memaklumkan jumlah tangkapan membabitkan kes penipuan pelaburan MBI adalah sebanyak 17 individu dengan jumlah keseluruhan aset dibekukan serta disita RM3.81 bilion.

Beliau berkata tangkapan tersebut melibatkan usahawan bergelar Tan Sri dan Datuk Seri dipercayai menjadi proksi serta rakan perniagaan dalam skim penipuan pelaburan itu yang ditahan di sekitar Lembah Klang dan utara tanah air menerusi Op Northern Star.– Bernama

Polis buru pemandu langgar lari

BAU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di KM8.5,

Wanita rugi RM317,000 diperdaya sindiket bomoh

SIBU: Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 70an kerugian RM317,000 selepas diperdaya dua wanita yang menawarkan rawatan tradisional dan upacara perlindungan dalam

Perbahasan berkisar penubuhan Malaysia

(Bahagian Kedua) MINGGU lepas wacana ini telah membicarakan sebahagian daripada perbahasan tentang Malaysia di Parlimen Tanah Melayu. Wacana kali ini