
LAWAS: Pasukan bimbingan pengurus Joseph Akaw iaitu Siang-Siang FC menjuarai kejohanan bola sepak 11 sebelah sempena Irau Aco Lun Bawang 2026 di Stadium Lawas semalam.
Pasukan Real Merapok hanya berpuashati dikedudukan kedua selepas akur dengan kekalahan 2-1 kepada sang juara.
Pasukan Meriting Villa FC ditempat ketiga selepas menundukkan pasukan Arur Riwak melalui sepakan penalti 5-4 selepas kedua pasukan terikat 1-1.

Terdahulu, Joseph Akaw yang membimbing pasukan Siang-Siang FC memberitahu ramai pemain muda tempatan Lun Bawang yang memiliki berpotensi besar dalam permainan bola sepak.
“Kita lihat mereka ini berkemampuan menembusi peringkat kebangsaan apabila diberikan pendedahan yang konsisten di pentas antarabangsa dan latihan berintensiti tinggi.
Pendedahan ini boleh membantu mereka menyesuaikan diri dengan kelompok elit dan mematangkan corak permainan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Majlis penyampaian hadiah bagi kategori kampung di Daerah Lawas telah lakukan Penolong Setiausaha Agung Persatuan mewakili Persatuan Lun Bawang Sarawak Cyinthia Alau bersama Ketua pengelola sukan bolasepak Eliezer Musa Yahaya dan Wakil Seksyen Belia PLBS Ferdinand Sia.
Bagi kategori bolasepak Veteran Lun Bawang akan dipertandingkan pada 30 Jun hingga 1 Julai 2026 dan untuk kategori Wanita dan terbuka Lun Bawang akan dilangsungkan pada 2 hingga 4 Julai 2026 di dua lokasi berbeza iaitu Stadium Daerah Lawas dan Dataran Lawas.
Oleh Adeng Edrus