Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SFC berjaya tangkap buaya di Kuala Baram
  • Utara
  • WILAYAH

SFC berjaya tangkap buaya di Kuala Baram

Utusan Sarawak 7 months ago

GANAS... Seekor buaya spesies Crocodylus Porosus berukuran 12.5 kaki telah berjaya ditangkap di kawasan kejadian serangan buaya di Ladang Batu 4 di Kuala Baram semalam.

KUALA BARAM: Seekor buaya spesies ‘Crocodylus Porosus’ atau lebih dikenali sebagai buaya katak berukuran 12.5 kaki telah berjaya ditangkap di kawasan kejadian serangan buaya di Ladang Batu 4 di sini semalam.

Hasil pembedahan ke atas buaya tersebut, pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menemui beberapa objek dan sampah sarap di dalam perut reptila itu.

Menurut kenyataan SFC, buaya tersebut berjaya ditangkap hasil umpan pancing yang dipasang di kawasan itu.

Katanya, operasi pemburuan buaya telah bermula sejak 25 September dan akan berakhir pada 5 Oktober nanti.

Objek-objek yang ditemui dalam perut buaya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Selain pasukan Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) SFC, turut serta dalam operasi itu ialah Polis Diraja Malaysia.

Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 59 tahun ditemui maut selepas diserang buaya ketika memeriksa pukat yang dipasangnya di tebing sungai di Batu 4, Kuala Baram.

Continue Reading

Previous: Loji Rawatan Air Maludam bernilai RM25.4 juta beroperasi akhir bulan depan
Next: Kapasiti loji rawatan air Kaki Wong ditingkatkan – Julaihi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.